Buletin

PERODUA HENTIKAN PRODUKSI ALZA BERMULA JANUARI 2022

Sedar tak sedar, MPV popular Perodua Alza sudah 12 tahun berada di pasaran. Biarpu begitu, Alza terus mendapat sambutan daropada pengguna tempatan. 

Dalam tempoh tersebut, jentera berkenaan telah menerima pelbagai bentuk penambahbaikan bagi memastikannya kekal relevan. Namun, semua yang baik pun akan berakhir dan Alza tidak terkecuali. Memetik laporan Paultan.org, Perodua bakal menghantikan produksi Alza pada Januari 2022. 

Berita itu dikukuhkan lagi apabila nota penamatan model tertabit dihantar kepada semua pengedar Perodua. Notis tersebut turut menyatakan jualan Alza akan dihentikan sepenuhnya bermula Februari 2022. Perkembangan itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana berita pengganti Alza sudah bertebaran sejak tahun lepas lagi.  

Antara sebab kenapa hayat Alza sudah di penghujung adalah berikutan pelaksanaan piawaian emisi Euro 4 pada 1 Januari 2022, sekali gus menggantikan standard Euro 2 yang diguna pakai sekarang. 

Dalam tempoh tiga bulan terakhir ini, Perodua dilapor akan menghasilkan sekitar 2,820 uit Alza pada November, 2,283 unit (Disember) da 1,100 unit terakhir pada Januari. 

Sudah bersedia untuk menerima model gantian Alza? 

Google ads
Back to top button