Buletin

AMITEC LANCAR SUZUKI RAIDER R150i EDISI EWC1 – RM8,988

AMITEC dengan rasminya memperkenalkan Suzuki Raider R150Fi EWC1 – Endurance Series untuk pasaran Malaysia dengan harga jualan rasmi RM8,988. 

Motosikal edisi Kejuaraan Dunia Endurance ini merupakan penghormatan kepada pasukan Suzuki Endurance Racing Team dan Yoshirmura SERT Suzuki yang menjuarai kejuaraan itu pada 2019 dan 2021. 

Hasilnya, motosikal edisi khas ini menampilkan warna merah dengan grafik dan livery yang menyamai jentera GSX-R1000 yang dipertandingkan di EWC. 

Dalam pada itu, Raider R150Fi ini masih mengekalkan spesifikasi sama termasuk enjin satu silinder 147.3cc DOHC yang berupaya menjana 18.2hp pada 10,000rpm dan 13.8Nm pada 8,500rpm. 

Sementara itu, bagi yang mungkin bertanya siapakah AMITEC disebalik pelancaran Suzuki Raider R150Fi EWC1 ini, mereka merupakan divisyen penyelidikan dan pembangunan permotoran AFY Mobility Industries (AMI) yang merupakan pengedar rasmi jenama motosikal Suzuki di Malaysia. 

Pelancaran model edisi khas ini merupakan antara inisiatif AMITEC untuk menawarkan Suzuki Raider R150Fi yang dibangunkan khas selepas kejayaan edisi AS25 yang diperkenalkan dua tahun lalu. 

Google ads
Back to top button