Artikel Pilihan

CATL LANCAR BATERI BARU, JAMINAN 15 TAHUN DAN 1.5 JUTA KILOMETER PERJALANAN

CATL telah melancarkan bateri khusus untuk kegunaan komersial seperti bas dan juga trak dengan keupayaan jarak perjalanan sejauh 1.5 juta kilometer dalam hayat kegunaan. Malah CATL juga berani memberikan jaminan selama 15 tahun bagi bateri kegunaan komersial ini.

Bateri ini akan dipadankan dengan Yutong Bus Company bagi model terbaru bas mereka, malah CATL juga berani memberikan jaminan bahawa selama 1000 kali pengecasan bateri ini langsung tidak mengalami kemerosotan dari segi kapasiti. Dari segi pencapaian, ini adalah pencapaian yang pertama dalam industri

Bateri ini adalah hasil kerjasama dan kajian bersama antara CATL dan juga Yutong Bus Company semenjak dari tahun 2012 lagi menerusi teknologi bateri baru dan juga bahan kimia bateri yang baru. Yutong Bus Company telah menjual bas yang dilengkapi dengan bateri CATL di 40 buah negara termasuk Itali, Peranchis, UK, Sepanyol dan Qatar

Dari segi industri, CATL adalah pesaing kepada BYD yang menghasilkan bateri blade yang digunakan pada kebanyakan kereta BYD dan juga sesetengah model Tesla. Pada bulan Februari 2024, CATL membentuk pakatan dan kerjasama dengan NIO bagi menghasilkan bateri Solid State.

Dari segi jualan global, CATL dan BYD telah mendominasi jualan bateri global sehingga melebihi 50% jualan dunia. Bateri ini digunakan pada Tesla, Ford, BMW, Toyota, Mercedes Benz, Kia, dan juga beberapa model yang lain

Selain itu, CATL juga telah melancarkan bateri “Shenxing Superfast Charging Battery”. Ini adalah bateri LFP yang boleh dipandu sejauh 400km bagi pengecasan selama 10 minit. Bagi kerjasama dengan Nio, CATL membekalkan bateri yang boleh dipandu sejauh 255km dengan pengecasan 5 minit tetapi dengan sistem 900 volt.

Google ads
"
"
Back to top button