
Tahun lalu, pengamal media automotif tempatan telah dibawa ke China oleh MForce Bike Holdings bagi menyaksikan beberapa model baharu dari ARIIC termasuk prototaip skuter adventure 400GS.
MForce turut membawa prototaip tersebut ke Malaysia Bike Show 2026 pada bulan Jun lalu. Bagaimanapun, kedua-dua program ini tidak mendedahkan spesifikasi terperinci mengenai skuter adventure tersebut.

Terbaru, ARIIC telah mempamerkan 400GS dengan warna baharu dan rupa yang serba lengkap di China International Motorcycle Trade Exhibtion (CIMA) 2026 sekaligus memberi bayangan bahawa model itu akan diperkenalkan secara rasmi tidak lama lagi.
Menariknya, ARIIC mempamerkan 400GS dengan gabungan warna putih, merah dan guna biru yang juga merupakan warna kombinasi motosikal BMW GS.

Atas kertas, 400GS dikuasakan enjin satu silinder 369cc dan berupaya menghasilkan 34.8hp dan 38.3Nm. Ini bermakna 400GS ini bakal menyaingi skuter seperti Honda ADV 350 dan Zontes 368G.
Selain itu, 400GS ini turut dilengkapi dengan pelbagai ciri termasuk:
- panel meter TFT
- lampu projektor LED
- sistem keyelss
- dual-channel ABS
- traction control
- tangki 15L
- rim 17-inci depan
- fork USD

Menurut laporan di China, ARIIC dijangka akan menambah kelengkapan lebih moden pada 400GS menjelang pelancarn rasmi nanti.
GALERI: ARIIC 400GS













