Artikel Pilihan

SAKSIKAN GAJAH TERBALIKKAN TRAK PIKAP DI THAILAND – LAPAR KOT?

Gajah bukan hanya haiwan terbesar di atas darat tetapi ia juga sangat kuat dan mempunyai pemikiran yang agak baik. Jika ia berhajat untuk melakukan sesuatu, percayalah memang kita manusia biasa tidak akan mampu menghalangnya. Tengoklah video kat bawah ni apa yang berlaku di Thailand.

Kejadian berlaku di Khao Ang Rue Nai Wildlife Sanctuary menurut laporan berita dari sana. Seperti dapat dilihat dalam video gajah berada di atas jalan dan pada masa yang sama trak pikap tersebut cuba untuk melepasi gajah tersebut. Aksi tersebut sepatutnya tidak dilakukan jika terserempak dengan gajah.

Sang gajah dilihat menggunakan belalainya untuk menyentuh trak pikap (untuk memeriksa kargo yang dibawa kot) sebelum menolaknya dari sisi kiri. Daripada video ni tak pasti sama ada pemandu ada melakukan perbuatan yang dikira sebagai provokasi ataupun tidak.

Trak pikap tersebut semakin senget sebelum terbalik ke bawah tebing jalan. Nasib baik bukan gaung. Yang tak best tentang video-video macam ni semestinya suara jeritan dari dalam video perakam. Sakit la telinga dengar.

Pengguna jalan raya yang berada di temapt kejadian segera memanggil petugas hidupan liar untuk bantuan. Mereka berjaya menghalau gajah tersebut dan segera menyelamatkan pemandu malang. Beliau dilaporkan cuma mengalami kederaan ringan. Syukur.

Punca serangan gajah tersebut masih kekal sebagai misteri. Pihak berkuasa Thailand menyatakan yang mungkin ia cuba mendapatkan makanan yang berada di dalam trak pikap tetapi ada juga andaian yang menyatakan gajah tersebut mengamuk kerana pemandu tidak pikap tidak memberikan laluan untuk encik gajah melintas. Logik jugak tu. Ye la, kita lintas kawasan dia kan?

Negara kita pun ada kawasan di mana kumpulan gajah biasa dilihat. Mereka yang biasa menggunakan lebuhraya Grik mesti lebih arif. Biasanya jika terserempak dengan gajah kita dinasihatkan supaya berhenti dan tunggu sehingga mereka beredar. Jangan bunyikan hon ataupun memandu berhampiran dengan mereka.

Satu lagi orang tua-tua pesan mulut tu jangan dok celupar sangat. Kalau naik kereta dengan abang buat lawan mulut celupar memang aku cili je mulut tu.

Google ads
Back to top button