Buletin

HAMILTON SANGGUP POTONG GAJI. TAPI NAK BONUS BERGANDA

Lewis Hamilton dilaporkan sedia mengurangkan gaji untuk terus kekal bersama Mercedes sehingga penghujung musim depan tetapi ingin bonus dua kali ganda jika muncul juara dunia.

Juara dunia tujuh kali itu hanya mengikat kontrak lanjutan setahun pada Februari lalu tetapi dalam perundingan mengenai kontrak baharu dengan ketua Mercedes, Toto Wolff yang menetapkan Selasa ini tarikh akhir perjanjian dimuktamadkan.

Pelumba berusia 36 tahun itu menarik balik gaji ditetapkan sebanyak £40 juta (RM231.80j) musim ini dan menerima gaji asas sebelumnya iaitu £34 juta (RM197 juta).

Menurut laman web Brazil motorsport.com dia sedia menerima pengurangan gaji musim depan berikutan masalah kewangan akibat pandemik Covid-19.

Pemandu Britain itu meletak syarat dengan bonus lebih tinggi selepas mengakui tugasnya lebih mencabar apabila Max Verstappen mendahului carta pemandu dengan empat mata selepas enam perlumbaan.

Hamilton menyamai rekod legenda F1, Michael Schumacher dengan tujuh gelaran dunia.

Dia kini dalam misi memburu gelaran kelapan yang merupakan kelima berturut-turut buat dirinya.

Cadangan perjanjian baharu itu adalah selama satu tahun termasuk pilihan melanjutkan kontrak sehingga musim 2023. – dailymail

Google ads
Back to top button