
ANDA SUDAH BOLEH MENEMPAH JAZZ FACELIFT & JAZZ SPORT HYBRID i-DCD SEKARANG!
Honda Malaysia semalam mengumumkan bahawa tempahan Jazz facelift kini sudah dibuka di semua 90 pengedar sahnya di seluruh negara.
Jazz facelift yang merangkumi varian petrol dan Sport Hybrid dijangka memasuki pasaran tempatan pada suku kedua 2017. Penghantaran varian Sport Hybrid pula akan bermula pada suku ketiga tahun ini.
Sejak diperkenalkan pada tahun 2003, lebih 77,700 unit Jazz telah berjaya dijual di Malaysia. Sebanyak 60 peratus jualan disumbang oleh Jazz generasi ke-3 yang dilancarkan pada tahun 2014.
Angka jualan Honda Malaysia untuk Januari hingga April 2017 menyaksikan Jazz menyumbang 13 peratus kepada jualan keseluruhan dengan lebih 4,400 unit, seterusnya mengekalkan posisi No. 1 dalam segmennya.
Pada tahun 2004, Honda Malaysia mencatat sejarah apabila menjadi syarikat automotif pertama yang memperkenalkan teknologi hibrid kepada pengguna tempatan.
Satu lagi pencapaian penting adalah apabila ia menjadi pengeluar pertama di Malaysia serta ketiga selepas Jepun dan Amerika Syarikat yang menghasilkan model hibrid pada tahun 2012.
Kini, Honda sekali lagi mengujakan pasaran dengan Jazz Hybrid yang dilengkapi sistem Sport Hybrid. Ini sekali gus menjadikan Malaysia sebagai satu-satunya negara selain Jepun yang mengetengahkan sistem hibrid Dual-Clutch Drive (i-DCD) pintar tersebut.
Jazz Hybrid baharu dijana oleh enjin 1.5L DOHC i-VTEC baharu yang dipadankan dengan kotak gear berkembar (DCT) bersama High Power Motor bersepadu. Padanan itu menjanjikan pecutan yang responsif dan sporty.
BACA: HONDA JAZZ BAKAL GUNA ENJIN 1.0 TURBO?
Varian Jazz petrol pula dikuasakan oleh enjin 1.5L i-VTEC yang dipadankan dengan kotak gear CVT. Antara pembaharuan yang diterima ialah gril hadapan krom, bampar depan belakang baharu, rim aloi dua tona dan lampu nyalaan siang (DRL) LED.
Jazz Hybrid akan membuat penampilan istimewa pada acara Carlist.my MAA Drive, Test & Buy hujung minggu ini (13-14 Mei 2017) bertempat di Setia City Convention Centre (Hall 1 & 2) di antara jam 10am hingga 10pm.
Orang ramai boleh membuat tempahan Jazz baharu dan dapatkan diskaun ke atas model-model terpilih Honda sehingga RM12,000 di sana. Jangan lepaskan peluang ini!