Artikel PilihanBuletin

APA YANG ANDA DAPAT DENGAN KEMPEN PROTON AMAZING 5 VALUE?

Sekarang ini adalah masa terbaik bagi pasaran kenderaan baharu memandangkan begitu banyak nilai yang diberikan oleh pengeluar bagi memenangi hati pelanggan. Ada yang menawarkan rebat tunai, pakej aksesori dan juga ansuran percuma hingga berbelas bulan lamanya.

Tidak mahu ketinggalan menawarkan nilai terbaik untuk pelanggan, Proton turut mempunyai kempen istimewa dan menariknya ia bukan dalam bentuk one-off tetapi kekal sehingga lima tahun lamanya.

Berikut ialah kempen istimewa Proton untuk pemilik baharu model-model hebat seperti Proton Perdana, Exora, Preve, Suprima S, Iriz, Persona, Saga dan paling baharu, Ertiga.

LIMA TAHUN SERVIS PERCUMA

Aspek ini perlu diberi perhatian serius oleh pembeli. Ada yang terlepas pandang tentang kos pemilikan yang terdiri daripada penyelenggaraan berkala, insurans, alat ganti seperti tayar, suspensi dan sebagainya.

Selain daripada itu, walaupun kenderaan sekarang ini mempunyai jarak servis yang lebih panjang iaitu pada setiap 10,000 km perjalanan tetapi pemilik wajib memandu kenderaan mereka ke pusat servis sekurang-kurangnya setahun dua kali.

Asalkan jarak servis kenderaan mencecah tempoh enam bulan, pemilik perlu membawa kenderaan ke pusat servis walaupun jarak perjalanan masih belum mencatat 10,000 km.

Kegagalan mematuhi standard tersebut boleh mengakibatkan terbatalnya waranti.

Memahami kos pemilikan juga boleh membebankan, Proton telah mengambil satu insiatif menarik dengan menawarkan lima tahun servis percuma kepada pelanggan baharu.

Menariknya pakej tersebut tidak terhad kepada alat ganti sahaja tetapi termasuk dengan kos upah. Asalkan kereta masih dalam usia lima tahun dengan jarak perjalanan tidak melebihi 100,000 km, pemandu boleh senang hati membawa kenderaan Proton mereka ke pusat servis tanpa perlu memikirkan apa-apa kos wajib kerana bermula dari alat ganti, minyak pelincir dan kos buruh kesemuanya ditanggung beres oleh Proton.

Tawaran ini juga mempunyai nilai yang besar iaitu dianggarkan berjumlah sehingga RM4,100 bergantung kepada jenis kenderaan yang dimiliki.

WARANTI LIMA TAHUN

Sebagai tambahan kepada pakej servis percuma selama lima tahun atau 100,000 km, Proton mahu memberikan ketenangan minda kepada pelanggan dengan menawarkan waranti selama lima tahun asalkan tidak melebihi had perjalanan 150,000 km.

Dalam tempoh tersebut, kereta yang dimiliki berada dalam tanggungan Proton jika ia menghadapi masalah pengeluaran yang berpunca daripada kesilapan mereka sendiri. Pemilik hanya perlu membawa kereta ke pusat servis untuk diperiksa dan jika ia kesilapan pengeluar, segala kos akan ditanggung Proton.

TAHAP KESELAMATAN LIMA BINTANG

Jika diperhatikan kini, Proton memberi perhatian serius dalam memastikan kenderaan mereka selamat untuk pemandu dan penumpang. Skor ujian pelanggaran yang diperolehi model-model baharu seperi Proton Preve, Suprima S, Iriz dan Persona semuanya mencatat skor lima bintang ujian ASEAN NCAP.

Skor lima bintang itu adalah refleksi kepada tahap keselamatan tinggi yang ada pada model-model tersebut dan kesungguhan Proton dalam menghasilkan kereta bertaraf dunia.

Pemanduan akan terasa lebih meyakinkan apabila kenderaan yang dimiliki mempunyai tahap dan kelengkapan keselamatan bagus dan diakui oleh badan profesional.

TEMPOH KEMPEN

Kempen Proton Amazing 5 Value ini hanya berlangsung dalam tempoh terhad iaitu dari 1 hingga 30 April 2017 sahaja. Mereka yang berminat untuk mengetahui tentang kempen ini boleh berbuat pertanyaan ke Proton Customer di talian 1800 888 398 atau emel customercare@proton.com.

Bagi kemudahan tambahan, pelanggan juga boleh memuat turun aplikasi MyProton daripada kedua-dua sistem telefon pintar Android dan iOS iaitu Google Play atau Apple App Store.

BACA: PERDANA TERIMA ANUGERAH REKABENTUK

BACA: PROTON PERKENAL APPLIKASI MYPROTON

 

 

 

 

 

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button