
ACERPURE PERKENAL PENAPIS UDARA MESRA HAIWAN DAN KIPAS PINTAR
Acer Malaysia memperkenalkan dua produk baharu menerusi Acerpure Siri PRO P5 dan Kipas Pengedaran Udara Pintar Acerpure COZY F6, yang direka untuk meningkatkan keselesaan serta kualiti udara di kediaman.
Kedua-dua produk dilengkapi teknologi PINOKI Ion Acerpure bagi membantu menyegarkan udara dalaman, mengurangkan bau serta menangani pencemaran udara yang lazim ditemui dalam persekitaran rumah.
Teknologi PINOKI yang menggabungkan ion positif dan negatif diinspirasikan daripada udara segar di hutan Hinoki, Taiwan. Ia menawarkan fungsi penulenan udara, pengurangan bau, perlindungan antimikrob dan membantu mengurangkan cas elektrostatik.
Acerpure PRO P5 pula direka khusus untuk kediaman yang mempunyai haiwan peliharaan, dengan sistem kemasukan udara yang mampu memerangkap bulu haiwan 37 peratus lebih cekap berbanding reka bentuk biasa.

Struktur peranti yang tahan calar dan kalis air turut memberikan ketahanan tambahan, manakala ciri kunci kanak-kanak mengelakkan perubahan tetapan secara tidak sengaja.
Sistem penapis berlapis merangkumi pra-penapis boleh basuh, penapis HEPA atau HEPA H13, karbon aktif serta teknologi UVC.
Gabungan ini membantu memerangkap zarah sehingga 0.3 mikron, termasuk habuk, debunga dan kelemumur haiwan, selain mengurangkan bau serta gas tertentu dalam udara.
Acerpure PRO P5 ditawarkan dalam tiga saiz dengan kapasiti penghantaran udara bersih sehingga 370 meter padu sejam. Mod AI menyesuaikan tahap penapisan mengikut kualiti udara semasa, sementara Mod Tidur beroperasi pada tahap bunyi di bawah 29 desibel.

Selain itu, pengguna juga boleh memantau dan mengawal peranti melalui aplikasi Acerpure HOME.
Sementara itu, Acerpure COZY F6 dilengkapi penderia suhu AI yang mengawal kelajuan kipas secara automatik berdasarkan suhu persekitaran. Pengguna turut boleh memilih daripada 32 tahap kelajuan bagi mendapatkan aliran udara yang bersesuaian.
Kipas berkenaan menawarkan jarak aliran udara sehingga 25 meter, liputan kawasan sehingga 100 meter persegi serta fungsi ayunan 120 darjah untuk pengedaran udara lebih menyeluruh.
Selain teknologi PINOKI Ion, COZY F6 turut menggunakan penapis karbon aktif bagi membantu mengurangkan bau tidak menyenangkan.

Motor BLDC yang digunakan membolehkan kipas beroperasi pada tahap bunyi serendah 30 desibel.
Reka bentuknya turut dilengkapi ketinggian boleh laras serta gril bermagnet bagi memudahkan kerja pembersihan.
Acerpure PRO P5 ditawarkan pada harga RM1,899 bagi model PRO P5 MAX, RM1,299 untuk PRO P5 dan RM799 bagi PRO P5 MINI. Kipas Acerpure COZY F6 pula dijual pada harga RM799.
Kedua-dua produk boleh didapati menerusi pengedar rasmi Acer dan eKedai Acer.

Sempena pelancaran, Acer Malaysia menawarkan potongan harga sehingga RM500 untuk Siri PRO P5, penapis HEPA gantian bernilai RM159 secara percuma serta kredit eWallet Touch ‘n Go sehingga RM100.
Pembelian COZY F6 pula menikmati potongan RM100, kredit eWallet Touch ‘n Go RM40 dan Kipas Tangan Acerpure HF1 bernilai RM199 secara percuma.
Promosi berlangsung dari 25 November hingga 12 Disember 2026, tertakluk kepada stok yang tersedia.








