Buletin

JETOUR CATAT PEMASANGAN LEBIH 10,000 KENDERAAN SECARA TEMPATAN

JETOUR Malaysia mencatat pencapaian penting apabila berjaya memasang lebih 10,000 kenderaan di negara ini sejak memulakan operasi pada 2025, selain memulakan aktiviti eksport menerusi penghantaran pertama model JETOUR Dashing ke pasaran luar negara.

Pada 2027, syarikat itu menyasarkan eksport sekitar 7,000 unit kenderaan dengan merancang memasuki lebih banyak pasaran di Asia, Amerika Selatan dan Afrika.

Malaysia turut berperanan sebagai pangkalan pembuatan bagi kenderaan stereng kanan (RHD), menyokong permintaan domestik serta pengedaran serantau.

Lima model yang kini dipasang secara tempatan ialah Dashing, VT9, T1, T2 dan T2 i-DM.

Selain pembuatan, JETOUR turut mempunyai pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) tempatan yang menyokong operasi Asia Pasifik.

Ketua Pegawai Eksekutif JETOUR Malaysia, Fu Yong berkata, Malaysia memainkan peranan penting dalam strategi jangka panjang syarikat di rantau ini, khususnya dalam membangunkan kepakaran tempatan bagi menyokong pertumbuhan pembuatan, eksport dan teknikal.

“Penglibatan kami dalam aktiviti pembuatan serta R&D membolehkan kami memahami keperluan pasaran serantau dengan lebih mendalam, sekali gus memperkukuh asas bagi pertumbuhan berterusan JETOUR,” kata Encik Fu Yong.

Google ads
Back to top button