Buletin

AUDI Q2 2021 DIPERBAHARUI MASUK PASARAN EROPAH. HARGA BERMULA RM124K

Selepas empat tahun debut di pasaran automotif, crossover subkompak mewah Audi Q2 menerima sentuhan penambahbaikan rekaan baharu lebih komprehensif.

Audi akan mula pra jualan jentera Q2 di Eropah pada bulan ini pada harga bermula kira-kira AS$30,000 (RM 124,395).

Dari segi rekaan, perubahan ketara dapat dilihat di lampu LED bahagian hadapan jentera terbaharu ini.

Biarpun, bentuk lampu masih sama tetapi signaturnya berbeza berbanding model terdahulu.

Perincian lain dikemaskini pada model Q2 termasuk bampar hadapan, sistem pengambilan udara Singleframe octagon diletakkan lebih rendah dan dilengkapi sisipan poligon baharu.

Audi Q2 2021 menawarkan bampar belakang seakan sama model sebelum ini tetapi mendapat diffuser serta tail light baharu.

Pemilik SUV ini juga diberi pilihan memiliki versi dua LED dengan signal dinamik ataupun tanpa komponen tersebut.

Selain itu, tawaran warna dikemaskini dengan pilihan lima warna baharu iaitu hijau (Apple Green), kelabu (Manhattan Gray dan Arrow Gray) serta biru (Navarra Blue dan Turbo Blue).

Bahagian kabin pula mendapat sentuhan lebih kemas dan halus menyerlahkan lagi sisi elegan Q2.

Sistem ventilasi baharu dan didatangkan bersama tombol gear dan tuas pemilih S tronic.

Antara ciri-ciri lain merupakan mikrofiber Dinamica menggantikan Alcantra dan pilihan pencahayaan ambien.

Audi turut menggabungkan upholstery dan warna menjadi lapan pakej pilihan kepada pengguna.

Empat pakej ditawarkan pada model standard manakala empat lagi untuk S Line.

Pilihan lain ditawarkan termasuk tempat duduk sports dan tempat duduk penumpang hadapan boleh disesuaikan dengan ketinggian.

Ia dilengkapi penyaman udara automatik dua zon, pintu belakang elektrik, pemanas tambahan dan penyokong treler.

Tidak lengkap kalau tiada sistem infotainmen terkini dalam jentera baharu ini. Kokpit virtual Audi dan pilihan navigasi MMI 8.3 inci serta sistem audio Bang & Olufsen Premium 205 watt didatangkan dengan 14 speaker.

Dalam pada itu, pengguna yang memilih sistem infotainmen premium dapat menggunakan perkhidmatan sambungan Audi termasuk  informasi trafik online, panggilan kecemasan dan perkhidmatan.

Biarpun, pilihan enjin termasuk TFSI dan TDI tetapi Audi hanya memaklumkan tawaran enjin 1.5 liter dengan pengcas turbo.

Ia mampu menjana kuasa 148 hp dan tork 250Nm dengan transmisi manual enam kelajuan dan pilihan automatik tujuh kelajuan S tronic.

Dari segi aspek keselamatan, Audi Q2 dilengkapi sistem hadapan pre sense dan lane departure warning.-carscoops

Google ads
Back to top button