Buletin

DARI BOTOL PLASTIK JADI FABRIK BALUTAN KERUSI AUDI A3!

Botol plastik PET atau polyethlene terephthalate sekarang ini dikitar semula dan dijadikan bahan bagi menghasilkan barang kemas, baju dan beg.

Selain itu, semakin banyak perabot diperbuat daripada bahan terbuang seperti cebisan kertas, botol plastik dan serpihan kayu.

Terbaru Audi menawarkan kerusi dengan balutan kerusi yang diperbuat dari bahan kitar semula untuk Audi A3 baharu buat kali pertama.

Balutan kerusi yang diperbuat daripada bahan sekunder sekarang ini digunakan buat kali pertama untuk A3 baharu.

Hingga 89 peratus daripada tekstil yang digunakan terdiri daripada botol PET kitar semula yang diubah menjadi benang.

Dalam jangka masa panjang kesemua balutan kerusi Audi merentasi pelbagai model akan menggunakan bahan yang diperbuat daripada kitar semua.

Secara ringkasnya, botol plastik dikitar semula dan ditukar kepada benang  yang kemudian digunakan untuk balutan kerusi Audi A3.

Untuk menjadikannya sebagai realiti, sebanyak 45 botol PET dengan kapasiti 1.5 liter digunakan untuk satu sistem kerusi.

Rupa-rupanya ada lagi kegunaan plastik tersebut dengan 62 botol PET dikitar semula untuk menghasilkan karpet Audi A3.

Mazda CX30

Bagaimana proses itu bermula? Di Jerman, botol terpakai boleh dijual melalui mesin layan diri (vending) pada harga €0.25 (RM1.16).

Botol itu kemudian dimampatkan untuk dimuat di dalam lori bagi menjimatkan ruang dan dihantar ke kilang kitar semula.

Selepas itu kepingan botol diasingkan mengikut warna, saiz dan kualiti manakala penutup diasingkan.

Seterusnya botol dihancurkan menggunakan mesin kepada serpihan yang kemudian dibasuh, dikering dan dicairkan.

Benang plastik pula dibentuk melalui nozel dan selepas dikeringkan, ianya dipotong menjadi halus. 

Dari situ granulate atau daur ulang terhasil dan melalui proses ‘penyempitan’ untuk menjadi benang.

Ianya kemudian dibentuk menjadi gegelung dan digunakan di dalam peringkat akhir penghasilan bahan bagi pembuatan bahan.

Lain-lain komponen dalaman juga semakin banyak menggunakan bahan mentah sekunder seperti bahan penebat, kemasan sisi pada ruang bagasi dan pelapik lantai.

Sasaran Audi ialah untuk meningkatkan peratusan bahan kitar semula di dalam kenderaannya pada tahun-tahun mendatang.

Tags
Google ads
Back to top button