Artikel PilihanBuletin

MERCEDES-BENZ KALAHKAN BMW DAN AUDI DALAM PASARAN KERETA MEWAH GLOBAL 2019

BMW baharu sahaja mengumumkan diri mereka sebagai pengedar kereta mewah terlaris di Amerika Syarikat untuk tahun 2019 dengan jualan berjumlah 324,826 unit kesemuanya. Jumlah itu bila memang cukup besar daripada rekod jualan keseluruhan mereka yang mencecah 2.17 juta unit di serata dunia.

Tapi sayangnya mereka masih lagi ketinggalan di belakang Mercedes-Benz yang mencatatkan rekod jualan 2.34 juta unit secara keseluruhan manakala Audi di tangga ketiga dengan 1.85 juta unit kenderaan terjual di seluruh dunia.

Kalau nak menang juga BMW boleh mencampurkan hasil jualan gabungan antara MINI dan Rolls-Royce yang mencecah 2,520,307 unit berbanding Mercedes dengan 2,339,562. Tapi mana aci kan? Itu dah kira bawa geng.

Mercedes mencatatkan jualan terlaris di Jerman, China dan AS berikutan permintaan yang tinggi terhadap SUV dan sedan mewah. Untuk pasaran China sahaja jualan mereka meningkat sebanyak 6.2 peratus berbanding tahun sebelumnya dengan tempahan 700 unit Maybach setiap bulan (berdasarkan laporan Autonews Europe). 700 unit sebulan tuan-tuan untuk Maybach, kita nak tengok sebuah pun jarang-jarang muncul.

Rekod Sembilan tahun berturut-turut membuktikan permintaan yang sangat tinggi sentiasa ada untuk kenderaan keluaran Mercedes-Benz walaupun pelbagai perubahan berlaku dalam dunia automotif moden.

Mercedes turut menamatkan suku terakhir tahun lepas dengan catatan rekod jualan terbaik mereka yang melepasi 600,000 unit hanya untuk kereta penumpang sahaja. Ia merupakan peningkatan sebanyak 3.2 peratus.

Secara keseluruhannya Mercedes terus mengekalkan posisi mereka sebagai peneraju segmen mewah di dalam pasaran dunia khususnya di Jerman, UK, Perancis, Sepanyol, Belgium, Switzerland, Poland, Portugal, Korea Selatan, Jepun, Australia, Thailand, Vietnam, Singapura, Kanada dan Afrika Selatan.

Google ads
Back to top button