" "
Buletin

HYUNDAI KONA N LINE 2023, 1.6L TURBO 190 HP, 264NM, 8 KELAJUAN AUTOMATIK!

Jika sebelum ini kami bawakan kepada anda Hyundai KONA Electric, kali ini giliran KONA dengan enjin pembakaran dalaman (ICE) atau lebih tepat 1.6 liter turbo empat silinder, pancitan terus.

Dalam membangunkan KONA baharu, Hyundai sudah bersedia dan menariknya menggunakan konsep kenderaan elektrik (EV) kepada ICE.

Ini bermakna Hyundai mendahulukan EV dan barulah ICE. Hyundai juga bijak mengimbangi tuntutan semasa dan tidak melupakan nadi ICE sepenuhnya.

Bukan baharu, KONA generasi pertama juga dibuat dalam versi ICE, hibrid, elektrik dan dua model berprestasi iaitu N Line dan N.

Daripada pelbagai model tersebut, pengguna tempatan boleh merasai KONA petrol, elektrik dan N Line.

Enjin Smarstream G 1.6 T-GDi KONA menghasilkan 190 kuasa kuda (hp) pada 6,000 rpm dan tork 264Nm dari 1,700 hingga 4,500 rpm untuk pecutan yang meyakinkan di dalam bandar.

Enjin itu dipadan dengan transmisi automatik lapan kelajuan .

Sebagai perbandingan, KONA Electric Standard Range mempunyai output 154 hp (114.6 kW) dan tork 255Nm.

Model Long Range pula menghasilkan 215 hp (160 kW) dan tork sama seperti Standard Range.

Dari segi gayaan, seperti sebelumnya KONA N Line tampil bergaya dan dilengkapi pendakap badan yang dibuat sama warna dengan warna keseluruhan.


Dari depan, KONA N Line nampak garang dengan bampar dan bukaan gril besar selain lampu LED yang melintang di depan tukup enjin.

Ruang roda diisi rim aloi N Line saiz 19 inci yang tampil menarik. Bahagian belakang dipasang spoiler hitam N Line dan bersama peresap bampar menyerlahkan gaya berprestasi.

Dengan sejarah kedua-dua model KONA N Line dan KONA Electric adakah pengguna tempatan bakal dihidangkan model baharu? 

Seperti yang dikatakan sebelum ini, berkemungkinan jawapannya positif. Apa pun, tunggu pengesahan yang sahih.

Sebagai imbasan, KONA N Line dijual pada harga RM161,388.00 dan bermula daripada RM156,538.00 untuk KONA Electric.

Kenapa model elektrik dijual lebih murah? Pastinya disebabkan pengecualian duti dan cukai oleh kerajaan.

BACA: HYUNDAI KONA ELECTRIC, BOLEH PANDU SEHINGGA 490KM!

BACA: HYUNDAI DEDAH FOTO RASMI HYUNDAI ELANTRA 2024 FACELIFT – BAKAL TIBA DI MALAYSIA?

BACA: HYUNDAI PALISADE FACELIFT 2023 KINI DI MALAYSIA. 2 PILIHAN ENJIN, 4 VARIAN, BERMULA RM369K

BACA: HYUNDAI GRANDEUR 2023 – GENERASI BARU LEBIH MEWAH, MODEN

Google ads
Back to top button