Motosikal

AVETA RANGER MAX EXPLORER DAPAT NAIK TARAF SIGNIFIKAN – DARI RM6,988

AVETA Malaysia menaik taraf Ranger Max Explorer bagi tahun 2025 dengan harga jualan RM6,988 bagi varian Standard dan RM7,188 bagi varian SE.

Bagi tahun 2025, Ranger Max Explorer kini dinaik taraf dengan cakera brek depan dan belakang selain reka bentuk fender depan dan belakang baharu.

AVETA turut menaik taraf bahagian handlebar dengan butang, grip serta bar-end balancer baharu. Menariknya, kerangka T-bone juga dipertingkat agar lebih kukuh namun mengekalkan kestabilan dan kelincahan yang sama seperti model sebelum ini.

Selain itu, jarak kelegaan tanah juga lebih baik naik 10mm kepada 190mm berbanding model sebelum ini sekaligus meningkatkan kemampuan ‘off-road’.

Bahagian lain turut menerima kemas kini antaranya sistem penyerap hentakan, sistem wayar, speedometer, kabel throttle, swingarm, footrest dan tongkat utama. Tidak cukup dengan itu, AVETA turut menggantikan pam vakum dengan sistem bekalan minyak yang lebih efisien.

Ranger Max Explorer didatangkan dengan dua varian; Standard dan SE (Special Edition). Varian Standard dilengkapi dengan rim lidi berukuran 18-inci depan dan 16-inci belakang dan dipadankan dengan tayar dual-purpose sementara varian SE menawarkan rim sport berukuran 17-inci depan dan belakang.

Untuk rekod, kedua-dua varian masih lagi dikuasakan enjin satu silinder 127cc SOHC dengan balancer shaft yang berupaya menjana 10hp pada 8,000rpm dan 10.5Nm pada 5,500rpm.

GALERI: AVETA RANGER MAX EXPLORER

Google ads
Back to top button