Artikel Pilihan

LAMBORGHINI FENOMENO DIPERKENALKAN – BUNYI EKZOSNYA PUN DAH CUKUP FENOMENA

Bersempena dengan Monterey Car Week yang bakal berlangsung hujung minggu ini, Lamborghini telah membawa model terbaru mereka yang sangat-sangat rare. Ia dinamakan Fenomeno dan dihasilkan berdasarkan tiga prinsip: gaya ekstrim, prestasi ekstrim dan jumlah yang sangat terhad. Masih diasaskan daripada Revuelto ia diberi sentuhan supaya kelihatan lebih istimewa.

Sekali imbas kita boleh agak yang ianya memang sebuah Lamborghini. Tapinya ia jelas berbeza dari Veneno dan kelihatan tak sama langsung dengan Revuelto. Namun aura ‘gila’ Lamborghini tu memang ada.

Dilihat dari depan, Fenomeno mempunyai sepasang lampu utama yang kelihatan tipis dan tajam siap dengan ruang-ruang kemasukan udara yang besar gedabak. Ia turut mempunyai rekaan bampar yang unik dan berbeza siap dengan jaluran kuning pada bahagian splitter.

Fenomeno juga kelihatan sangat rendah dan rekaan rim dan tayarnya kelihatan muat-muat je dalam arca roda. Ia nampak seolah telah menjalani proses modifikasi padahal semuanya memang standard dari kilang.

Kesemua bahagian panel luaran telah diubahsuai dengan penambahan beberapa ruang kemasukan udara. Bahagian belakang menampilkan lampu berbentuk Y dengan empat paip ekzos yang diletakkan di bahagian tengah.

Oleh sebab Fenomeno diasaskan dari Revuelto semestinya ia menggunakan enjin NA V12 hibrid yang sama. Namun beberapa pengubahsuaian telah dilakukan untuk meningkatkan lagi kuasa maksima.

Enjin NA V12 6.5 liter kini mampu menjana 833 hp kuasa, lebih tinggi berbanding 814 hp pada Revuelto. Saiz bateri lithium-ion turut ditambah memberikan hypercar ini 1,065 hp kuasa maksima berbanding 1,001 hp pada Revuelto. Mantap seh.

Macam mana dengan kuasa pecutan memandangkan kuasanya sedikit bertambah. Menurut Lamborghini, pecutan 0-100 kmj Fenomeno adalah 1 saat lebih cepat berbanding model asal. 1 saat pun kira tau tapi kelajuan tertinggi masih dihadkan pada 350 kmj.

Bahagian dalam masih sama seperti Revuelto tapi percayalah, pembeli kereta macam ni tak akan peduli tentang sistem infotainment ataupun lampu-lampu hiasan LED berwarna warni tu.

Pengeluarannya hanya dihadkan pada 29 unit dengan anggaran harga USD3.5 juta seunit. Dalam RM pandai-pandai la korang cari sendiri. Kalau ada duit pun belum tentu boleh beli sebenarnya ni. Rasanya kesemua unit dah ada orang tempah kot?

Google ads
Back to top button