
AVETA TERIMA LEBIH 10,000 TEMPAHAN BAGI VANGUARD 250 DAN NOVA 160
AVETA Motor Malaysia menerima sambutan memberangsangkan bagi dua model baharu, Vanguard 250 dan Nova 160.
Menurut Pengarah Urusan AVETA, Steven Lim, pihaknya telah menerima lebih 10,000 tempahan setakat ini melibatkan dua skuter berkenaan.

Maklumat itu disampaikan kepada pihak media yang hadir ketika majlis penyerahan 168 unit Vanguard 250 dan Nova 160 yang berlangsung di Pulau Pinang, pada Sabtu.
Menariknya, majlis tersebut turut menyaksikan pihak AVETA mengukir nama dalam Malaysia Book of Records sebagai penyerahan motosikal terbanyak dalam satu acara bagi tahun 2025.

Vanguard 250 merupakan motosikal kembara jenis ATC (adventure touring crossover) pertama di Malaysia yang dipacu enjin satu silinder 244.2cc yang berupaya menjana 24.8hp dan 22.5Nm. Sementara itu, Nova 160 merupakan skuter urban dengan enjin bersesaran 154.4cc dan mampu menjana 15.8hp dan 14.7Nm.
Dalam perkembangan sama, pihak AVETA memaklumkan sedang menambah barisan pemasangan sekaligus meningkatkan meningkatkan pengeluaran bulanan bagi memastikan pelanggan dapat menerima tempahan masing-masing dalam tempoh singkat.







