Buletin

BEKAS PEMANDU F1, ALEX ZANARDI CEDERA PARAH DIREMPUH TRAK

Bekas pemandu Formula Satu (F1), Alex Zanardi yang menjadi juara Paralimpik berada dalam keadaan serius di hospital apabila dilanggar sebuah trak ketika menyertai perlumbaan bagi atlet paralimpik peringkat kebangsaan di Pienza, Itali.  

Zanardi kehilangan kedua belah kakinya pada tahun 2001 akibat kemalangan dalam perlumbaan German IndyCar sebelum beralih menjadi atlet paralimpik.

Dalam kejadian itu, Zanardi hilang kawalan ketika perlumbaan dan termasuk ke laluan trafik sebelum dirempuh trak.

Beliau diterbangkan ke hospital dekat Siena dan menjalani pembedahan kecemasan kerana kecederaan parah di muka sebelum diletakkan di unit rawatan rapi.

“Keadaan Zanardi serius tetapi stabil.

“Dia tiba di hospital dalam keadaan cedera serius di bahagian muka, termasuk mukanya hancur serta mengalami patah dahi,” kata Dr. Giuseppe Olivieri.

Beliau menjelaskan Zanardi telah menjalani pembedahan selama hampir tiga jam.

“Kita tidak akan mengetahui keadaan neurologinya sehingga beliau sedar. Kalau dia sedar. Keadaan serius bermakna pesakit boleh meninggal dunia. Proses pemulihan mengambil masa dalam kes sebegini,” katanya.

Zanardi adalah bekas pemandu Grand Prix yang menang dua kali Kejuaraan CART di Amerika Syarikat sebelum kedua-dua kakinya dipotong kerana kecederaan di Litar Lausitzring, Jerman pada tahun 2001.

Dia kemudian menang empat pingat emas dalam acara basikal tangan pada Sukan Paralimpik 2012 dan 2016. Selain dua perak dan 10 gelaran Kejohanan Dunia. – Dailymail

Google ads
Back to top button