,
Buletin

JUALAN KENDERAAN MEROSOT 62 PERATUS PADA BULAN MEI

Jualan kenderaan di Malaysia merosot sebanyak 62 peratus kepada 22,960 unit pada Mei 2020 berbanding 60,760 unit pada bulan sama tahun lepas.

Dalam kenyataan hari ini, Persatuan Automotif Malaysia (MAA) berkata jumlah jualan yang rendah itu berikutan sentimen pengguna yang berhati-hati.

Sementara Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia pula hanya menyambung semula pendaftaran kereta penumpang baharu bermula 13 Mei.

MAA berkata pengeluaran turut susut kepada 12,286 unit pada bulan tersebut berbanding 51,454 unit pada Mei 2019.

“Jumlah jualan pada Jun 2020 akan lebih tinggi daripada Mei 2020 berikutan perniagaan yang disambung semula selepas kerajaan menarik balik sekatan ke atas kebanyakan aktiviti ekonomi.

“Jumlah kehadiran pelanggan ke bilik pameran kereta juga meningkat selepas pengumuman kerajaan mengenai pengecualian cukai jualan,” katanya. – Bernama.

Tags
Google ads
Back to top button