PASUKAN F1 MERCEDES PECAT 4 KAKITANGAN KERANA BULI RAKAN SEKERJA MUSLIM
Pasukan Formula One Mercedes mengesahkan bahawa ia telah memecat empat kakitangannya pada 2 Ogos lalu.
Pemecatan itu dibuat hasil sisatan dalaman berkaitan insiden buli berundur perkauman. Siasatan itu mendapati wujud pelanggaran dasar kepelbagaian dan kesamarataan syarikat oleh individu terlibat.
Mereka yang dipecat dilaporkan bertugas di jabatan teknologi maklumat (IT) yang membuli seorang kakitangan beragama Islam.
Tiga lagi kakitangan lain pula dikenakan tindakan disiplin kerana melanggar kod kerja yang sama.
Dalam satu kenyataan rasmi, Mercedes mengutuk sekeras-kerasnya tindakan berbaur perkauman dan mengambil tindakan pantas selepas menerima aduan.
Syarikat itu juag mengakui sangat menghargai kepelbagaian kakitangannya dan unsur itulah yang menjadi sumber kekuatan mereka.
“Persekitaran kerja kami berpaksikan kepada rasa hormat menghormati di antara satu sama lain,” kata Mercedes.