
PINDAAN AKTA PEMANDU MABUK MASUK KABINET 2 MINGGU LAGI
Pindaan terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 melibatkan individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol dijangka dibawa ke kabinet dua minggu lagi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Takiyuddin Hassan berkata walaupun akta itu di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan, pihaknya turut terlibat dalam penggubalan pindaan berkenaan.
“Pindaan yang melibatkan Seksyen 41 hingga Seksyen 45 akta berkenaan kini dalam proses untuk dimuktamadkan,” katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja ke Kompleks Mahkamah Kota Bharu, di sini hari ini.
Mengikut undang-undang sedia ada, individu yang memandu dalam keadaan mabuk boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 45A (1) akta berkenaan yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM1,000 dan tidak melebihi RM6,000 atau penjara sehingga 12 bulan.
Bagi kesalahan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian pula, Seksyen 44 memperuntukkan denda maksimum RM10,000 dan penjara maksimum 12 bulan jika sabit kesalahan. – Bernama
- BACA: TUNTUTAN SAMAN PADA PEMANDU MABUK, INI PANDANGAN PROFESIONAL DARI PEGUAM MUDA
- BACA: KEMENTERIAN AKAN TELITI SEMULA AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987. HUKUMAN LEBIH BERAT UNTUK PEMANDU MABUK
- BACA: REMAJA PEREMPUAN MABUK REMPUH DAN SERET ANGGOTA PGA DI LAHAD DATU
- BACA: INI SEBAB KENAPA PEMANDU MABUK TIDAK DIKENAKAN HUKUMAN GANTUNG SAMPAI MATI





