,
Artikel Pilihan

F1 MEDICAL CAR-AMBULANS LITAR F1

Ketika berlakunya kemalangan yang hampir meragut nyawa mendiang Niki Lauda di perlumbaan F1 Nurburgring pada tahun 1976, antara jentera terawal yang sampai ke lokasi kemalangan ialah sebuah Porsche yang berwarna jingga yang datang membantu memadamkan kebakaran yang dialami oleh jentera Ferrari yang dipandu oleh Lauda.

Menyedari kepentingan jentera penyelamat dan bantuan awal dalam usaha menyelamatkan nyawa pelumba F1, FIA telah mengubahsuai dengan memperkenalkan kereta keselamatan jika berlakunya kemalangan dan juga sebuah ambulans medan yang sedia memberikan bantuan kecemasan.

Jika kereta keselamatan dipandu oleh Bern Maylander, ambulans medan pula dipandu oleh Alan van der Merwe iaitu sebuah Mercedes-AMG C 63 S. Ia merupakan sebuah wagon yang diubahsuai untuk menjadi sebuah ambulans bantuan kecemasan. Sebelum ditugaskan sebagai pemandu Medical Car, Alan merupakan bekas juara British Formula 3 dan Formula Ford.

Kereta yang dipanggil Medical Car (Kereta Perubatan) ini juga membawa Dr Ian Roberts yang merupakan doktor terlatih untuk bantuan perubatan kecemasan dan pakar dalam perubatan khusus dalam kemalangan. Alan dan Dr. Roberts akan ditempatkan dalam keadaan siap siaga dan akan sentiasa berhubung dengan pasukan Perkhidmatan Helikopter Perubatan Kecemasan. Alan bukan sahaja ditugaskan untuk membawa Dr. Ian dengan pantas, tapi dengan selamat dalam litar perlumbaan ke lokasi kemalangan

Kereta perubatan ini dikuasakan dengan enjin 4000cc dengan sistem pendesak turbo berkembar menghasilkan kuasa setinggi 510kuasa kuda dan 700Nm tork. Ia mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 4.1 saat. Kesemua kuasa ini akan dihantar kepada transmisi AMG Speedshift MCT 7 kelajuan. Sama seperti Kereta Keselamatan, ia turut dilengkapkan dengan cagak enjin elektronik dan juga Differential Elektronik untuk gandar belakang

Ia juga turut dipasang dengan sistem ekzos prestasi tinggi agar runut bunyi dari enjin V8 sedap didengar oleh penonton di litar perlumbaan. Terdapat 2 lagi pembantu perubatan yang akan menaiki Kereta Perubatan ini setiap kali ia beraksi. Biasanya Kereta Perubatan akan ditempatkan di belakang barisan jentera F1 setiap kali perlumbaan dimulakan dimana ia merupakan waktu yang amat kritikal jika berlakunya kemalangan.

Jadi bagi membawa beban yang berat, jurutera melengkapkan Kereta perubatan ini dengan suspensi AMG Ride Control. Cakera brek komposit prestasi tinggi dengan saiz 402 milimiter turut dipasang pada jentera ini bagi memberikan kuasa pemberhentian yang diperlukan. Cengkaman pula dibekalkan dengan tayar bersaiz 245/35 R 19 pada bahagian depan dan 265/35 R 19 pada bahagian belakang yang dibalut pada roda aloi yang ringan

Sama seperti Kereta Keselamatan, Kereta Perubatan juga dilengkapkan dengan Lampu LED keselamatan di bahagian bumbung, dan juga no pendaftaran belakang yang tertulis “Medical Car”. Bahagian kargo belakang dengan saiz 490 liter dimuatkan dengan pelbagai peralatan bantuan kecemasan seperti defibrilator dan alat bantuan pernafasan.

Untuk membawa pemandu, doktor dan pembantu perubatan, Kereta Keselamatan ini dipasang dengan 4 kerusi bucket dan tali keledar 6 titik keselamatan. Sistem radio akan dipasang bagi memduahkan perhubungan 2 hala dengan Pengarah Perlumbaan dan pusat kawalan. Terdapat 2 iPad bagi membantu pasukan memantau aktiviti perlumbaan secara langsung

Usaha yang berterusan dari FIA dengan kerjasama Mercedes menjadikan keselamatan marsyal, pelumba dan petugas perlumbaan F1 menjadi semakin baik saban tahun.

Tags
Google ads
Back to top button