Motosikal

BELI MOTOSIKAL ELEKTRIK DENGAN AEON, PEMBIAYAAN SEHINGGA 84 BULAN

AEON Credit Service (M) Berhad (Aeon Credit) memperkenalkan Pembiayaan Motosikal Elektrik, sekali gus menambah portfolio  Skim Sewa Beli-i sedia adanya yang bertujuan memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam pasaran pembiayaan kenderaan elektrik (EV).

Dalam satu kenyataan, AEON Credit memberitahu skim pembiayaan itu direka dengan teliti untuk membolehkan pelanggan memiliki motosikal, seterusnya membantu mengurangkan emisi dan menawarkan gaya hidup lebih mampan.

Pembiayaan tersebut boleh diakses oleh semua rakyat Malaysia berumur 18 hingga 65 tahun dengan fleksibiliti untuk menyesuaikan pelan pembayaran balik, dengan tempoh yang dilanjutkan sehingga 84 bulan.

Pembiayaan itu kini tersedia untuk motosikal elektrik Blueshark yang menandakan langkah awal dalam komitmen Aeon Credit untuk pembiayaan mobiliti sifar karbon.

AEON Credit sedang berusaha secara proaktif ke arah memperluas pembiayaan inovatif ini supaya ia merangkumi jenama motosikal elektrik lain dalam usaha menampung permintaan pelanggan yang semakin meningkat

Pengarah Urusan Aeon Credit, Daisuke Maeda menyatakan pelancaran pembiayaan ini mewakili kemajuan ketara ke arah matlamat kemampanan menyeluruh syarikat kerana ia membolehkan pihaknya memainkan peranan proaktif dalam menyumbang kepada sasaran neutral karbon di negara ini. – Harian Metro

Google ads
Back to top button