
BELI TAYAR CONTINENTAL, DAPAT WARANTI TAMBAHAN DAN BAUCAR E-WALLET SEHINGGA RM200
Sempena musim perayaan serta sambutan ulang tahun yang ke-60 sebagai pengeluar tayar pertama di Malaysia, Continental Tyre Malaysia menjemput rakyat Malaysia untuk turut sama dengan pelancaran Total Confidence Plan (TCP) yang merupakan satu Program Waranti Tambahan.
Program itu akan menawarkan ganjaran e-dompet untuk mereka yang bercadang membeli tayar baharu daripada Continental.
TCP adalah satu pakej waranti tambahan dan servis menyeluruh bagi memenuhi keperluan anda. Ia daripada perlindungan bahaya jalan raya untuk 12 bulan pertama, penggantian tayar 1 to 1 dan aplikasi mudah alih yang senang digunakan sebagai saluran penyelesaian dan tuntutan.
Bagi menambah keyakinan pemandu, terdapat lebih daripada 100 pengedar yang mengambil bahagian dalam program ini di seluruh negara.

“Program TCP Continental adalah berkekalan. Kami harap para pengguna dan pemandu akan mengambil peluang ini untuk mendaftar bagi mendapatkan perlindungan tambahan demi ketenangan minda mereka,” kata Pengarah Urusan Continental Tayar Malaysia, Andrea Somorova.
Sebagai satu penyelesaian digital mudah untuk para pemandu yang sentiasa sibuk, TCP boleh diakses di hujung jari. Mereka boleh mendaftar dan memfailkan tuntutan pada bila-bila masa, tidak kira di mana-mana sahaja.
Pertama, pemandu perlu memuat turun aplikasi Conti TCP daripada Apple App Store atau Google Play Store. Kemudian, masukkan butiran peribadi dan muat naik invois rasmi.

Semasa pendaftaran tayar dalam aplikasi Conti TCP, pemandu dikehendaki mengimbas kod bar pada dinding tepi bahagian bawah tayar sebelum pemasangan. Selepas menerima waranti semasa dan tempoh tawaran, ini bermakna pendaftaran itu telah lengkap dan pemandu boleh menikmati 12 bulan pertama Total Confidence Plan dengan Continental.
Bermula hari ini hingga 30 Jun, beli minimum dua unit tayar jenama Continental di mana-mana pengedar yang mengambil bahagian di seluruh negara atau di kedai Shopee rasmi Continental untuk menebus baucar e-dompet Touch n’ Go melalui aplikasi Conti TCP.
Promosi ini terpakai untuk semua tayar bersaiz 14” dan ke atas untuk kereta penumpang, SUV, MPV dan 4×4 sahaja.
Maklumat lanjut mengenai kempen Hari Raya, sila layari https://www.continental-tires.com/my/en/b2c/promotion/extra-confidence-on-your-journey-balik-kampung.html
Maklumat lanjut mengenai TCP, sila layari https://www.continental-tires.com/my/en/b2c/tyres-warranty/total-confidence-plan/Overview.html
- BACA: CONTINENTAL COMFORTCONTACT CC7 KINI DI MALAYSIA – TEKNOLOGI COMFORT+, LEBIH SENYAP
- BACA: TAYAR CONTINENTAL BAKAL GUNA 100 PERATUS BAHAN LESTARI, KITAR SEMULA
- BACA: CONTINENTAL ULTRACONTACT UC7 KINI DI MALAYSIA. TEKNOLOGI CONFIDENCE+, DIAMOND DNA. PILIHAN SAIZ 15-18 INCI
- BACA: CONTINENTAL TYRES TAWAR PENYELESAIAN DIGITAL Conti360º KEPADA PENGENDALI FLEET DI MALAYSIA









