Buletin

CONTINENTAL COMFORTCONTACT CC7 KINI DI MALAYSIA – TEKNOLOGI COMFORT+, LEBIH SENYAP

Susulan pelancaran UltraContact UC7 pada Ogos 2022, Continental Tyres kini melancarkan produk baharunya dalam rangkaian tayar Generasi 7, ComfortContact CC7 iaitu tayar yang memberi tumpuan kepada keselesaan semasa perjalanan.

Parameter keselesaan tayar biasanya diukur menerusi ciri-ciri kebisingan, getaran, dan kekasaran (NVH) kenderaan. Menurut penyelidikan yang dilakukan oleh Continental, tayar menyumbang kira-kira 50 peratus daripada kebisingan.

Jadi, ComfortContact CC7 baharu didatangkan dengan Teknologi Comfort+ yang menjanjikan pengalaman pemanduan lebih lancar dan senyap. Sekali gus memberikan keselesaan serta ketenangan minda semasa memandu.

Teknologi Comfort+ merangkumi tiga ciri utama iaitu Zero Shock Pattern, Everflex compound, dan Noise Muter.

Bagi memastikan ComfortContact CC7 berjaya di pasaran, Continental telah mengumpulkan lebih 30 jurutera serta pakar yang mengambil masa lebih 7,500 jam untuk mereka bentuk, menjalankan ujian simulasi, membina dan menguji prototaip.

Demi menguji kecekapan, kebolehpercayaan ComfortContact CC7, Continental juga melakukan lebih daripada 500 ujian di atas pelbagai keadaan jalan serta jarak.

Berbanding dengan produk tayar ComfortContact CC6, ComfortContact CC7 menampilkan tahap keselamatan yang dipertingkatkan menerusi penambahbaikan ketara dari segi pengendalian dan brek tanpa menjejaskan tahap keselesaan dan bunyi bising.

ComfortContact CC7 dicipta untuk pelbagai jenis kenderaan dan boleh didapati dalam pelbagai saiz dari 13” hingga 16”. Pemandu yang mahu merasai pengalaman pemanduan lebih selesa, disyorkan untuk mendapatkan ComfortContact CC7.

Maklumat lanjut, sila layari www.continental-tyres.com.my

Google ads
Back to top button