Artikel PilihanBuletin

INI ADALAH PRODUK YANG DIHASILKAN OLEH SYARIKAT AUTOMOTIF.

Biasa kita beranggapan sesebuah syarikat hanya akan mengeluarkan produk yang berkaitan dengan industri yang diceburinya sahaja. Sebagai contoh, Mitsubishi akan mengeluarkan semua produk yang berkaitan dengan automotif seperti kereta, SUV, MPV, pikap dan juga kereta kompak. Agak pelik juga sekiranya Mitsubishi tiba-tiba menjual karipap ataupun sushi

Tapi dalam realiti industri perniagaan dan industri, syarikat automotif ada juga menghasilkan dan menjual pelbagai produk yang di luar bidang kemampuan mereka. Jadi kali ini kita senaraikan semua produk-produk pelik yang dihasilkan oleh syarikat automotif.

1. Subaru Corporation – atau nama lama mereka Fuji Heavy Industry (FHI) merupakan pemilik bagi kenderaan berjenama Subaru. Sejarah FHI boleh dikaitkan dengan Nakajima Aircraft Company yang menghasilkan kapal terbang untuk kegunaan tentera sewaktu perang dunia pertama dan perang dunia kedua.

FHI terbentuk dari pakatan Fuji Kogyo, Fuji Jidosha Kogyo, Omiya Fuji Kogyo, Utsunomiya Sharyo, dan Tokyo Fuji Sangyo yang menghasilkan komponen industri pengangkutan. FHI kemudian dijenamakan semula sebagai Subaru Corporation dan merupakan kontraktor utama kepada Japan Self Defence Force

Mereka telah menghasilkan pelbagai jenis kapal terbang ringan, menghasilkan helikopter penyerang Apachee secara kontrak dari Boeing bagi kegunaan JSDF serta menghasilkan helikopter Subaru-Bell UHX untuk aktivitivi menyelamat dan pengangkutan bagi JSDF. Senang cerita, Subaru ini adalah contract manufacturer bagi industri pertahanan Jepun.

2. HondaJet – ya anda tak salah baca kerana Honda memiliki unit industri penerbangan mereka sendiri dan salah satu produk mereka yang berjaya ialah HondaJet. Bermula dalam tahun 1980an, Honda telah memulakan kajian mendalam terhadap enjin turboprop dan juga bahan komposit bagi menghasilkan fiuslaj kapal terbang.

Prototaip HondaJet mula dilakar pada tahun 1997 dan ditayangkan kepada umum pada tahun 1999. Pada tahun 2000 mereka memulakan pembinaan pusat kaji selidik kapal terbang mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Piedmont Triad serta kilang mereka di sini pada tahun 2011.

HondaJet Elite dihasilkan sebagai jet peribadi dengan kapasiti 8 penumpang, 2 juruterbang, halaju maksima 782km/j, boleh terbang pada ketinggian sehingga 13,000 meter, dengan jarak penerbangan maksimum 2661km dan boleh dibeli dengan harga anggaran RM 22 juta seunit.

3. Volkswagen – kami sukakan produk Volkswagon dan ini bukanlah gurauan semata-mata. Untuk pengetahuan pembaca Mekanika, Volkswagen menghasilkan sosej daging dan sayuran di kilang mereka yang dinamakan currywurst di kilang mereka di Wolfsburg semenjak tahun 1973 lagi. Kilang ini juga turut menghasilkan model Golf dan juga Tiguan

Pada asalnya sosej ini dihasilkan untuk kegunaan pekerja kilang mereka untuk dimakan di dalam kantin sewaktu rehat. Jangan terkejut kerana sosej ini turut memiliki part number iaitu 199 398 500 A. Setelah kewujudan sosej ini diketahui oleh pengguna luar, ia mendapat permintaan yang cukup tinggi dan dijual di supermarket

Volkswagen menjual dan memberikan sosej ini kepada pelanggan mereka secara percuma sebagai salah satu aktiviti CSR mereka. Disebabkan permintaan yang tinggi iaitu sekitar 20,000 soses sehari, Volkswagen menghasilkan lebih banyak sosej daripada kereta jenama Volkswagen dalam masa setahun. Pada tahun 2018 Volkswagen menghasilkan 6.8 juta sosej dari kilang mereka

4. Toyota – jangan terkejut kerana selain menghasilkan kereta mampu milik pada harga murah dan lasak, Toyota juga berupaya membuat rumah secara pasang siap. Berbeza dengan rumah konvensional yang mengambil masa sehingga setahun untuk siap, rumah pasang siap Toyota hanya mengambil masa lebih kurang 2 bulan sahaja

Toyota terlibat dalam industri rumah pasang siap ini bermula 20 tahun yang lepas lagi dengan memberi penekanan kepada teknologi mesra alam. Buat masa ini ini sebanyak 12 jenis rumah pasang siap ditawarkan oleh Toyota dengan keluasan dari 1000 kaki persegi sehinggalah kepada 2600 kaki persegi termasuk rumah 2 tingkat.

Buat masa ini rumah pasang siap Toyota telah ditawarkan di Indonesia dengan rekaan 3 bilik, 2 bilik air, 2 tingkat dan sekiranya anda berduit anda boleh memilih rumah yang lebih besar dengan 4 bilik serta 3 bilik air dari jenis 2 tingkat.

Mitsubishi -mungkin mereka terkenal dengan barisan kereta super sedan Mitsubishi Lancer Evolution yang bermaharajalela di arena perlumbaan satu ketika dulu, namun sekarang jenama Mitsibishi agak tenggelam. Di Malaysia mereka masih menjual Xpander, Triton dan juga Outlander

Namun tahukah anda Mitsibishi merupakan pembekal komponen turbo yang dijual oleh Mitsubishi Heavy Industry kepada syarikat automotif lain seperti Honda. Mereka turut menghasilkan dan menjual komponen hibrid kenderaan seperti motor elektrik, motor integrated stator generator, sistem bateri, on board charger, EGR Valve, aktuator turbo dan pelbagai komponen lain.

Ada banyak lagi senarai produk-produk yang dihasilkan oleh jenama automotif, kalau kita letak semua memang anda akan terkejut dengan keupayaan syarikat automotif ini. Ia membuktikan industri pembuatan adalah sangat besar dan ada pelbagai cabang, dan industri automotif adalah sebahagian daripada industri pembuatan.

Google ads
Back to top button