Motosikal

HAFIZH SYAHRIN MULA DAPAT RENTAK. RAIH 7 MATA DI MUGELLO

Memulakan perlumbaan pada petak ke-20, bukan penghalang pelumba negara Hafizh Syahrin meraih mata berharga dalam perlumbaan Moto2 Grand Prix (GP) Itali di kedudukan kesembilan.

Ringkas tulis pelumba pasukan NTS RW Racing GP dalam Instagram “Syukur. Alhamdulillah.”

Pelumba negara itu sepatutnya mampu meraih kedudukan kelapan namun dipintas pada saat akhir oleh Cameron Beaubier yang mewakili pasukan American Racing.

Hafizh ketinggalan 34.849 saat (s) di belakang juara Remy Gardner dari pasukan Red Bull KTM Ajo yang menamatkan melepasi garisan penamat dengan catatan masa 39 minit 17.667s.

Melengkapkan tempat kedua dan ketiga adalah Raul Fernandez (+0.014) serta pelumba Sky Racing Team, Marco Bezzecchi (+8.021)

Pencapaian itu membuktikan Hafizh semakin serasi dengan jentera baru NTS. – IG Hafizh Syahrin

Google ads
Back to top button