Buletin

JET PEJUANG HAWK TNI TERHEMPAS DI KAWASAN PERUMAHAN

Sebuah jet pejuang jenis Hawk 209, Tentera Nasional Indonesia (TNI) terhempas di kawasan perumahan di Riau semalam.

Dalam kejadian pukul 8.13 pagi waktu Indonesia barat itu, pesawat pejuang tersebut terhempas di kawasan Perumahan Mutiara Sialang Indah, Desa Kubang Jaya, Kabupaten Kampar, Riau.

Menurut kenyataan TNI, juruterbang jet, Apriyanto Ismail dilaporkan selamat selepas menggunakan kerusi lenting. Beliau kini menerima rawatan di  Hospital Dr. Soekirman Lanud Pekanbaru.

Menurut media tempatan, penghuni dua buah rumah yang rosak teruk tersebut dilaporkan tidak berada di rumah ketika kejadian. 

Punca nahas pesawat Hawk 209 buatan Britain yang digunakan TNI sejak 1996 itu masih dalam siasatan. – Bernama

Google ads
Back to top button