Motosikal

SUZUKI HAYABUSA 2021 LAKU KERAS DI INDIA. TERPAKSA TUTUP SEMENTARA TEMPAHAN

Suzuki Motorcycles India terpaksa menghentikan sementara tempahan model Hayabusa 2021 yang mendapat sambutan luar biasa daripada peminat superbike negara terbabit.

Kesemua unit jentera itu yang diperuntukkan menerusi batch pertama dan kedua habis ditempah dalam tempoh singkat.

Batch pertama habis dijual dalam masa tiga hari manakala batch kedua pula habis ditempah dalam masa satu jam sahaja.

Bahkan, laporan media tempatan mengatakan 100 unit batch kedua akan diimport untuk memenuhi permintaan tinggi jualan superbike itu.

Hayabusa 2021 dijual pada harga  16.40 lakh (RM90,350) di India.

Terdapat tiga warna dwi-tona ditawarkan iaitu hitam/emas (Glass Sparkle Black/Candy Burnt Gold) , perak/merah (Metallic Matte Sword Silver/Candy Daring Red) dan putih/biru (Pearl Brilliant White/Metallic Matte Stellar Blue).

Jentera itu mendapat khidmat enjin 4 silinder sebaris 1,340cc DOHC dengan teknologi suntikan bahan api (FI) yang mampu menjana kuasa 187hp @ 9,700rpm dan tork 150Nm @ 7,000rpm.

Ia dipadankan transmisi jenis manual 6-kelajuan dengan kelajuan maksimum dihadkan hingga 290kmj. –timesdrive

Google ads
Back to top button