Artikel Pilihan

MODEL BMW YANG MENGGEMPARKAN DUNIA AUTOMOTIF

Salah seorang eksekutif kanan BMW pernah berkata, BMW akan sentiasa menghasilkan kereta kereta dengan enjin 6 silinder di depan tapi menggunakan pacuan pada tayar belakang. Falsafah rekaan BMW ini kekal menjadi sebahagian daripada kekuatan dinamik pemanduan BMW.

Tapi dengan perubahan masa, BMW terpaksa juga keluar daripada kebiasaan dan menghasilkan rekaan baru bagi memenuhi kehendak pengguna. Rekaan kereta BMW inilah yang menyebabkan pengguna merasakan BMW seolah-olah kehilangan identiti mereka dalam menghasilkan kereta. Antaranya ialah:

1. BMW 2 Series Active Tourer, dilancarkan pada tahun 2014 merupakan MPV kompak 5 tempat duduk dengan menggunakan cesi BMW X1 dan juga Mini Clubman. Segala yang berkaitan dengan MPV ini adalah sangat menyalahi rekakaan BMW bermula dengan nama.

Nama 2 Series ini sebenarnya dikhususkan khas untuk model sport 2 pintu, tapi dijadikan MPV 5 tempat duduk oleh BMW. Kedua, MPV ini datang dengan pacuan roda depan dikuasakan dengan enjin 1500cc 3 silinder turbo yang menghasilkan 134 kuasa kuda dan 220Nm tork. Ya tuan-tuan, 3 silinder turbo

2. BMW 7 Series 2019 – model flagship terbaru oleh BMW sehingga hari ini sebenarnya memang sudah cukup hensem dan bergaya. Anda boleh pilih dari enjin 2000cc turbo, 3000cc 6 silinder turbo, 4400cc V8 turbo berkembar dan 6600cc V12 turbo berkembar dan pacuan roda belakang

Tapi selepas model ini dinaiktaraf, antara unsur rekaan yang dikritik hebat oleh peminat ialah rekaan kidney grile yang besar diambil dari model SUV X7, sehingga 40% lebih besar dari model lama. Rekaan jeriji depan ini sangat menyakitkan mata sehingga 7 Series menjadi tak seimbang, tak proportionate kata orang kampung.

Tapi BMW HQ kata, orang yang komen tue tak beli pun. Hmm betul jugak kan.

3. BMW i3 – dihasilkan dengan kerangka cesi dibuat daripada gentian karbon dan plastik diperkukuhkan. i3 sebenar adalah kereta elektrik pertama yang dihasilkan oleh BMW memenangi anugerah World Car Design Award 2014 dan World Green Car of The Year.

Peminat automotif mengkritik BMW i3 disebabkan rekaannya yang buruk yang tidak menggambarkan ia sebagai BMW dan jarak perjalanan yang pendek walaupun dicaj penuh. Tapi ia sangat sesuai bagi mereka yang mengkritik BMW ada rekaan jeriji yang besar.

4. BMW X6 – Jeremy Clarkson dalam satu siri Top Gear pernah menghentam kereta ini. Walaupun dinamakan sebagai SUV, ia tidak praktikal seperti Land Rover atau Range Rover. X6 adalah percubaan BMW untuk menghasilkan coupe (kereta 2 pintu) tapi dengan ketinggian SUV. Rekaan luar mungkin cantik, tapi tak praktikal untuk dinamakan sebagai SUV

5. 2015-2018 BMW M3 (F80)-ketika dilancarkan pada tahun 2015, enjin 6 silinder dalam model M3 ini diberi dengan sistem turbo walaupun model sebelumnya menggunakan enjin V8 Natural Aspirated. Ini menjadikan model ini sebagai model pertama M yang menggunakan turbo.

Kelemahan turbo ialah, bunyi enjin akan menjadi lebih senyap kerana kebanyakan tenaga kinetik ekzos akan digunakan oleh turbin. Bagi mengatasi masalah ini, kabin M3 dipasang dengan pembesar suara bagi menyalurkan bunyi enjin kepada pemandu

6. 1997-2002 BMW Z3 M Coupe – ketika mula dilancarkan pada tahun 1998, ada 2 pendapat berkenaan rekaan Coupe ini. Ada yang memuji dan ada yang mengeji terutama dari segi rekaan fender depan dan bentuknya yang tidak proportionate antara depan dan juga belakang

Kenapa BMW guna pacuan depan sekarang? Kenapa guna enjin turbo?

Sebab nombor 1 ialah pakejing, kerana rekaan FWD (enjin depan pacuan depan) sebenarnya menggunakan ruang yang minima. Bila guna RWD, akan ada propeller shaft yang perlu digunakan untuk menghantar kuasa enjin ke roda belakang, sedikit sebanyak merompak ruang kabin

Contohnya BMW 1 Series dulu kalah kepada Golf dan Audi A3 dari segi ruang dalaman dan juga ruang kargo walaupun ia merupakan kereta paling besar dari segi luaran. Model 1 Series terbaru lebih kecil, tapi dengan ruang dalaman yang besar

Sebab kedua ialah jurutera BMW mendapati kereta pacuan depan memberikan penggunaan petrol yang leboh baik berbanding dengan pacuan belakang berdasarkan BMW 1 Series dan juga Mini Clubman yang menggunakan enjin dan transmisi yang sama. Bukan itu saja, pacuan depan kurang melepaskan gas karbon dioksida. Ingat senang ke nak jual kereta kat Eropah

Sebab ke tiga ialah unit pemasaran mendapati pelanggan BMW tidak kisah mereka menggunakan pacuan mana dan bagi yang buta dunia automotif, mereka menganggap BMW menggunakan pacuan depan. Alang-alang baik buat terus kan kata BMW

Google ads
Back to top button