BMW BERI AMARAN BEKALAN CIP AKAN TERUS KRITIKAL
BMW meramalkan kekurangan bekalan cip akan terus kekal sehingga separuh kedua tahun ini.
Menurut Ketua Produksi BMW, Milan Nedeljkovic, bekalan semikonduktor sangat kritikal.
“Separuh kedua tahun ini akan terus kritikal. Tanggapan mengenai ia (bekalan cip) akan dapat diatasi dalam masa terdekat agak sukar,” katanya dalam laporan Reuters
Kebanyakkan pengeluar menikmati peningkatan jualan pada awal tahun ini sehingga Jun berikutan kelonggaran sekatan Covid-19.
Bagaimanapun, bekalan semakin berkurangan apabila pengedar mula kehabisan stok kenderaan baharu untuk menggantikan kenderan-kenderaan terjual.
Para pengedar di seluruh Amerika Syarikat (AS) melaporkan pelanggan-pelanggan membeli kenderaan baharu tanpa sebarang rundingan malah nilai kenderaan terpakai melonjak berbanding harga baharu kenderaan tersebut.
Sehingga kini, Nedeljkovic berkata BMW kehilangan kira-kira 30,000 unit output pada tahun ini dan tidak mustahil ia berulang lagi.
Masalah semakin bertambah apabila pengeluar-pengeluar kenderaan berlumba-lumba menghasilkan kenderaan dengan teknologi terkini yang menggunakan mikrocip.
Bagi mengatasi masalah itu, segelintir menjual kenderaan tanpa dilengkapi beberapa ciri-ciri tertentu untuk dibekalkan kepada pengedar kenderaan.
Jika bekalan mikrocip tidak kukuh, ia kemungkinan besar menjejaskan lagi para pengeluar kenderaan. – carscoops