Motosikal

BMW M 1000 RR MENDARAT DI FILIPINA. RM255K SEUNIT

BMW Motorrad Filipina melancarkan jentera terbaharu M 1000 RR yang merupakan motosikal pertama factory-built M Performance di negara terbabit.

Model diposisikan antara model S1000RR dan HP4 itu ditawarkan pada harga 2,995,000 peso (RM255,690).

M 1000 RR dibangunkan berdasarkan platform dan enjin S 1000 RR tetapi memiliki lebih kuasa output, ringan dan aerodinamik.

Superbike terbaharu itu turut dilengkapi teknologi terkini BMW Motorrad.

Ia memiliki berat keseluruhan 191kg dengan penggunaan komponen ringan seperti sistem ekzos titanium Akrapovic titanium yang lebih ringan dan kompak membuatkan jentera berkenaan lebih ringan berbanding S1000 RR.

M 1000 RR mendapat khidmat enjin  4-silinder sebaris 999cc berkuasa 212hp @ 14,500rpm dan tork 113Nm @ 11,000rpm.

Ia mampu memecut 0-100 km/j dalam tempoh 3 saat sahaja dan berupaya kelajuan maksimum 305.7 km/j.

Jentera itu menawarkan tujuh mod tunggangan iaitu Rain, Road, Dynamic, danRace, termasuk tiga mod pilihan Race Pro. 

Semua mod itu dipadankan sistem Kawalan Traksi Dinamik (DTC) dan Sistem Brek Anti-Kunci Belok (Cornering ABS).

Selain itu, ia didatangkan rim karbon yang lebih ringan 1.67kg berbanding unit aluminium pada S1000 RR, kaliper brek Nissin, brek cakera bersaiz 320mm di depan dan 220mm di belakang. –rideapart/zing

GALERI:

Google ads
Back to top button