Motosikal

BIKIN BMW R 1200 GS GUNA KADBOD DAN PVC

Seorang lelaki dari Brazil yang dikenali sebagai Henry membikin jentera BMW R 1200 GS dengan menggunakan kadbod dan batang paip Polyvinyl chloride (PVC).

Jentera BMW R 1200 GS itu bukanlah hasil karya pertama dihasilkan pemilik akaun @robertahornet dalam laman sosial TikTok, Instagram, YouTube dan Twitter itu.

Sebelum ini, dia pernah menghasilkan Honda Hornet dengan menggabungkan kadbod, paip PVC dan skru.

Dengan pengalaman diperoleh melalui penghasilan Hornet itu, dia mula projek baharu dalam membikin BMW R 1200 GS.

Kalau melihat laman sosialnya, terdapat banyak hasil karya yang dilakukan lelaki itu.

Bagaimanapun, agak sukar untuk memahami apa yang diperkatakan kerana dia berbahasa Portugis tetapi jangan khuatir kerana masih boleh menggunakan auto translate pada YouTube untuk mendapat sedikit idea mengenai pembikinan jentera berkenaan. –rideapart

Google ads
Back to top button