
REPLIKA GHOSTBUSTERS ECTO-1 DIBIDA DALAM TEMPOH 2 MINIT SAHAJA. HARGA CECAH RM833K
Siapa peminat filem sudah pasti akan mengingati jentera Ghostbusters Ecto-1 yang begitu sinonim dengan filem berkenaan.
Tidak keterlaluan jika mengatakan ia merupakan model Cadillac Superior Hearse paling terkenal dan dikenali orang ramai.
Baru-baru ini, sebuah jentera replika Ghostbusters Ecto-1 dijual dalam lelongan di Las Vegas, Amerika Syarikat oleh firma lelongan, Barrett-Jackson.

Ketika lelongan, odometer Ghostbusters Ecto-1 itu memaparkan perbatuan sejauh 18,105 km.
Menariknya, ia tidak perlu menunggu lama untuk dimiliki pemilik baharu apabila mendapat bidaan tertinggi dalam tempoh 2 minit sahaja!

Jentera berkenaan yang dibikin seorang peminat meraih bidaan mencecah AS$200,000 (RM 832,700).
Pada tahun 2010, Barrett-Jackson pernah melelong Ghostbusters Ecto-1 tulen pada harga AS$ 80,000 (RM 333,080). – autoevolution