Artikel Pilihan

FAKTA PENJAGAAN BMW E92 335i

BMW 335i merupakan sebuah jentera yang “Underrated” di Malaysia ini. Padahal jentera ini merupakan jentera yang hebat, kedudukannya hanya satu tangga dibawah model ikonik BMW E92 M3. Mungkin kerana sentimen orang ramai dimana ramai beranggapan BMW bermaksud Banyak Makan Wang dan Banyak Masuk Workshop.

Namun adakah benar persepsi sedemekian rupa ? Inilah tujuan sebenar artikel ini ditulis. Untuk memberikan anda info sedikit sebanyak tentang kos penjagaan jentera ini secara purata.

Tanpa membuang masa, kita mulakan dengan kos servis dan kemudiannya kos penukaran komponen-komponen “Wear & Tear”

SERVIS

Engine Oil Service Package

Dengan sesaran enjin sebesar 2,979cc(3.0L), enjin ini menelan sehingga 6.5 Liter minyak enjin setiap kali servis. Kelikatan minyak yang disarankan adalah 5W-30 dan 5W-40 Fully Synthetic. Pastikan minyak tulen dan bukan “recycle”. Kosnya dianggarkan dalam lingkungan RM450-RM650 bergantung kepada jenama minyak.

Transmission Service Package

Jentera ini dilengkapi dengan sistem transmisi 6-kelajuan automatik dari ZF berkod 6HP19 dan 6HP26(Facelift Model). Jumlah ATF yang diperlukan bagi setiap kali rutin servis dilakukan adalah sebanyak 7 Liter. “Filter” pula datang sekali dengan “Transmission Pan”. Kosnya dianggarkan sekitar RM900-RM1,100.

Jentera ini datang dengan “Layout” pacuan roda belakang. Hal ini bermakna jentera ini mempunyai gandar belakang atau bahasa omputehnya “Rear Differential”. Komponen ini juga hendaklah ditukar diservis secara berkala. Jumlah minyak yang diperlukan adalah sebanyak 1.2 Liter dan kelikatan minyak yang disarankan adalah 75W-90. Kosnya dalam lingkungan RM150-RM250 bergantung kepada jenama minyak.

COMMON WEAR & TEAR PARTS

Air Filter

Komponen ni memang sebaiknya ditukar sekiranya sudah terlalu kotor. Kos untuk menukarnya pun tidaklah mahal mana, dalam lingkungan RM90-RM40 sahaja. Sekiranya berhajat untuk menyumbat “Cold Air Intake”, pun boleh juga. Terdapat pelbagai jenama seperti AEM, Burger Motorsport dan juga AFE. Cuma itulah, harga permulaan pun sudah ribuan ringgit.

Cabin Filter

“Cabin Filter” jentera ini terletak di bahagian luar “Cabin” kenderaan iaitu di bahagian hadapan cermin. Fungsinya adalah untuk menapis udara yang masuk ke dalam “Cabin”.

Sekiranya sudah kotor, sebaiknya tukar dengan yang baru. Kosnya dalam lingkungan RM70-RM90.

Wiper Blade

Rasanya tak usah diceritakan bagaimana nak tahu sekiranya sudah rosak atau tak. Sebab memang sentiasa ada di depan mata. Kalau dah bergegar-gegar mahupun sudah tak jelas ketika berfungsi, tukar je lah. Yang ni buat sendiri pun boleh. Harganya oun tidaklah mahal mana. Dalam lingkungan RM70-RM150 sahaja.

Spark Plug

Jentera ini dikuasakan oleh enjin N54 dan N55 bagi model facelift. Ia merupakan enjin 6 Silinder sebaris. Hal ini bermakna enjin ini menggunakan 6 biji “Spark Plug”. Kosnya dalam lingkungan RM310-RM410 beserta upah. Takdelah mahal mana kan ?

Ignition Coil

Untuk BMW, kerosakan “Ignition Coil” boleh dikatakan menjadi satu kelaziman. Walaupun tidak selalu berlaku, tapi akan berlaku. Sekiranya berlaku, enjin akan tempang atau “Misfire”.

Sekiranya rosak, tidak perlulah tukar semua. Memadai tukar unit yang rosak sahaja. Kosnya sekitar RM120-RM180 seunit.

Valve/Rocker Cover Gasket

Bagi enjin N54 dan N55, adalah menjadi satu kebiasaan dimana akan berlaku kebocoran di bahagian ini. Hal ini berlaku kerana “Seal” yang sepatutnya lembut sudah menjadi keras akibat tekanan dan suhu yang tinggi disamping dimamah usia. Kos untuk menukar “Seal” ini adalah dalam lingkungan RM250-RM350.

Drive Belt

“Drive Belt” atau “Serpentine Belt” pada jentera ini digunakan untuk memacu “Power Steering Pump, “Alternator” dan “Aircond Compressor”. Ketika servis, periksa secara visual keadaan “Belt”. Sekiranya sudah nampak kesan rekahan halus, sebaiknya ditukar dengan segera. Kosnya dianggarkan sekitar RM250-RM400

Engine Mounting

Sekiranya komponen ini rosak, gegaran luar biasa akan terasa di dalam kabin. Hal ini kerana “Engine Mounting” tidak dapat menyerap gegaran yang dihasilkan oleh enjin dengan optimum.

Kos untuk menukarnya adalah dalam lingkungan RM650-RM900 bagi satu set “Engine Mounting”.

Flex Disc

Komponen ini merupakan getah yang menghubungkan “Long Shaft” dengan “Rear Differential”. Kerosakan boleh dilihat secara visual dimana akan terlihat kesan retakan atau paling teruk hancur terus getahnya.

Kos untuk menukar komponen ini adalah sekitar RM450-RM600

Front Brake Pad

“Brake Pad” merupakan komponen yang penting bagi membolehkan jentera dapat berhenti dengan cemerlang. “Brake Pad” yang sudah haus memberikan risiko yang tinggi ketika memandu disamping merosakkan & mencalarkan rotor sekaligus menyebabkan kerugian lebih besar.

Kos untuk menukar “Front Brake Pad” adalah dalam lingkungan RM450-RM650. Sekiranya mahu sedikit berjimat, boleh juga menggunakan jenama OEM yang sedikit murah harganya.

Rear Brake Pad

Sepertimana “Front Brake Pad”, “Rear Brake Pad” juga memainkan peranan yang penting bagi memastikan jentera mampu berhenti dengan sempurna.

Sekiranya sudah haus/habis, kos untuk menukarnya adalah dalam lingkungan RM350-RM450.

Front Brake Rotor & Rear Brake Rotor

Jentera ini dilengkapi dengan “Brake Rotor” bersaiz 348mm pada bahgian hadapan dan 336mm pada bahagian belakang. Besar ? Ye Tuan-Tuan. Besar. Kereta power, sistem brek pun kenalah power.

Sekiranya sudah sampai masanya perlu ditukar, ia akan memakan kos sekitar RM3,500-RM4,000 bagi set hadapan dan belakang.

Mahal ?

Jangan risau Tuan-Tuan, terdapat juga beberapa jenama OEM bagi “Brake Rotor” jentera ini dimana harganya separuh daripada harga yang saya sebutkan.

Akan tetapi, sebenarnya ramai cenderung untuk memasukkan “Big Brake Kit” sama ada dari jenama Brembo, AP Racing, Alcon dan juga Wilwood. Bagus ke ? Ye bagus sekiranya tulen. Kalau tiruan. Seram Tuan-Tuan. Macam saya cakap, jentera ni laju.

Tayar

Jentera ini didatangkan dengan rim bersaiz 17″ dan diselaputi tayar bersaiz 225/45 R17 pada bahagian depan dan 255/40 R17 pada bahagian belakang.

Harga ? Pening lah banyak sangat harga. Boleh check di kedai tayar terdekat.

Kalau dah tukar rim bersaiz 18″,19″ atau 20″ pun silakan check sendiri. Lagi besar lagi tinggi maharnya Tuan Tuan.

Suspension Set

Sistem suspensi merangkumi banyak komponen. Antara komponen utama adalah penyerap hentak atau lebih dikenali sebagai “Absorber”. Sekiranya komponen ini rosak, memang tak sedap langsung lah pengendalian jentera. Terhuyung hayang bagaikan sampan dibadai ombak rindu.

Sekiranya rosak, kos untuk menukarnya adalah dalam lingkungan RM3,500-RM4,000. Namun jangan risau, terdapat banyak pilihan jenama OEM seperti Bilstein dan Koni. Harganya juga lebih munasabah.

Namun harus diingat, harga upah bukanlah murah ye. Bahagian hadapan ye memang senang, bahagian belakang memang menahan sabar mekanik yang buat kerja tu.

Terlebih duit ?

Jangan pandang belakang. Boleh terus pakai “Adjustable” dari KW Suspension model V3. Memang sedap. Harganya pun sedap. Dalam lingkungan RM11,000-RM14,000.

Arm & Bushing Set

Masih di dalam sistem suspensi, terdapat banyak komponen di dalam sistem suspensi jentera ini. Salah satunya adalah barisan “Arm”.

Pada bahagian hadapan, terdapat “Trust Arm” dan juga “Control Arm”. Harganya tidak lah mahal mana. Dalam lingkungan RM250-RM400 sahaja setiap satu. Tapi ada 4, kalikan lah sendiri. Haha. Baru bahagian hadapan tu.

Bahagian belakang pula mempunyai “Rear Upper Control Arm”, “Rear Lower Control Arm”, “Rear Upper Guide Rod”, “Rear Stabilizer Bush”, “Rear Stabilizer Link” dan juga pelbagai “Bushing”. Sekiranya salah satu komponennya rosak, sangat lah tidak selesa kerana akan mengeluarkan bunyi ketika memandu. Kos ? Jika setakat satu dua komponen tidak lah mahal mana, dalam lingkungan ratusan ringgit sahaja. Jika semua ? Berdarah juga hidung Tuan-Tuan. Mencecah ribuan ringgit.

Aircond Compressor

Komponen ni jarang rosak. Namun jika rosak, aduhai. Takkan naik BMW takde “Aircond” ? Malulah kan, maku satu hal, panas pula tu. sekiranya rosak, kos untuk menggantinya adalah dalam lingkungan RM2,500-RM3,000.

Panas pula dengar harganya.

Cukai Jalan & Insurans

Disebabkan sesaran jentera ini sebesar 2,979cc, harga cukai jalannya juga boleh dikatakan besar iaitu RM2,077.50 setahun bagi pemilikan persendirian di semenanjung Malaysia.

Untuk nilai insurans, boleh rujuk ejen insurans anda. Harga bergantung kepada peratusan NCD serta nilai semasa jentera.

Jadi Tuan-Tuan, inilah sedikit sebanyak yang saya dapat kongsikan tentang kos oenjagaan jentera BMW E92 335i ini.

Mahal ke ?

Bagi saya kos penjagaan jentera ini masih di tahap munasabah dan tidak mengarut. Cuma kos-kos yang saya sebutkan tadi merangkumi purata harga. Tidak terlalu spesifik. Ini disebabkan lain tempat lain harganya.

Harus diingat, ketika baru jentera ini berharga hampir RM500,000. Bukan murah ye Tuan-Tuan. Namun disebabkan lambakan alat ganti yang berada di pasaran, kos membelanya menjadi lebih murah dan mampu milik.

Oleh itu, rasanya artikel ini mampu menjawab persoalan ramai adakah jentera ini mahal atau murah untuk dibela. Kemampuan kita berbeza-beza. Tepuk dada, cek poket.

Nasihat saya, sekiranya berhajat untuk membeli jentera terpakai, sebaiknya lakukan lah “Pre Purchase Inspection”. Bukan hanya untuk jentera ini, namun untuk semua jentera tak kira mahal atau murah. Percayalah, dengan prosedur ini, ia mampu menjimatkan lebih banyak wang anda.

Google ads
Back to top button