Motosikal

BMW R 1300 GS DENGAN ASA KINI DI MALAYSIA – RM145,000

BMW Motorrad Malaysia mengumumkan ketibaan BMW R 1300 GS dengan fungsi ASA (Automated Shift Assistant) untuk pasaran tempatan dengan harga jualan RM145,000. 

ASA merujuk kepada sistem khas yang dibangunkan BMW Motorrad bagi memudahkan pengguna melakukan pertukaran gear dengan lebih lancar. 

Menerusi mod ‘M’, penunggang boleh menukar gear menggunakan kaki seperti biasa dan klac dikendalikan secara automatik sementara mod ‘D’ pula penukaran gear dan operasi klac dilakukan secara automatik, bermakna penunggang hanya perlu ‘twist and go’.

ASA merupakan sebahagian dari pakej Dynamic Package yang turut merangkumi ciri berikut:

  • Dynamic Suspension Adjustment (DSA)
  • Gear Shift Assistant Pro
  • Riding Modes Pro 
  • Sports Brake

Dalam pada itu, BMW Motorrad Malaysia turut menawarkan Touring Package yang terdiri dari pemasangan modul GPS, central locking, pelindung tangan serta luggage kiri dan kanan. 

Sementara itu, Comfort Package pula hadir dengan penghadang angin boleh laras secara elektronik dan centre stand. Fungsi seperti Adaptive Height Adjustment, lampu hadapan Deluxe dan bateri ringan M didatangkan secara standard. 

Menggerakan R 1300 GS ASA ini adalah enjin boxer (dua silinder) 1,300cc yang menawarkn 145hp pada 7,750rpm dan 149Nm pada 6,500rpm. 

Antara ciri lain disenaraikan:

  • tangki bahan api 18L
  • berat 237kg
  • ketinggian tempat duduk 850mm
  • rim 19-inci depan dan 17-inci belakang
  • BMW Motorrad EVO-telelever di depan
  • BMW Motorrad EVO paralever di belakang
  • cakera 310mm depan
  • cakera 285mm belakang

Pakej elektronik juga serba lengkap dengan Dynamic Traction Control (DTC), BMW Motorrad ABS Pro, empat mod (Eco, Rain, Road, Enduro), Hill Start Control (HSC), Dynamic Brake Control (DBC), Dynamic Cruise Control (DCC) dan Engine drag torque control. 

Google ads
Back to top button