Buletin

HONDA CB250R 2022 FACELIFT. FORK HADAPAN SHOWA, BERMULA RM24K

Boon Siew Honda telah memperkenalkan CB250R baharu iaitu jentera Neo Sports Café yang kali terakhir dikemas kini pada 2019.

Sejak diperkenalkan, motosikal ini mendapat perhatian daripada khalayak. Melihat kepada pelana dan paparan LCD, Honda CB250R memang nampak moden dengan penunjuk kedudukan gear yang jelas dan mudah dilihat. Lampu hadapan LED berbentuk bulat yang terdiri daripada dua bar lampu jelas memberikan penampilan hadapan yang ranggi.

Suspensi hadapan dinaik taraf dengan Showa Separate Fork Function Big Piston (SFF-BP) 41mm yang bertujuan untuk meningkatkan lagi kemampuan pengendalian motosikal.

Peredam pemisahan tekanan dalam satu tabung fork dan mekanisme spring untuk satu lagi bahagian menawarkan prestasi lebih baik dan menjadikan motosikal itu lebih ringan. Suspensi belakang pula menawarkan pelarasan spring lima tahap.

CB250R dikuasakan oleh enjin empat lejang DOHC silinder tunggal bersesaran 250cc berkuasa 27hp dan tork 23.4Nm yang dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan. Motosikal itu turut didatangkan dengan slipper clutch untuk memberi kawalan yang lancar apabila menukar gear semasa menunggang.

Salah satu ciri yang diberi perhatian pada motosikal ini ialah sistem brek ABS dua saluran yang diuruskan secara dinamik oleh system Inertial Measurement Unit (IMU). Ia berfungsi memastikan daya brek diagihkan sama rata antara roda hadapan dan belakang, meminimumkan lonjakan roda belakang, memberikan penunggang penuh keyakinan ketika menunggang.

Honda CB250R boleh didapati dalam dua pilihan warna iaitu hitam metalik dan merah pada harga bermula RM23,999 seunit

GALERI:

Google ads
Back to top button