Motosikal

BSH PERKENAL ADV 160 SPIDER-MAN EDITION – HANYA 300 UNIT, RM14,149

Boon Siew Honda memperkenalkan tawaran menarik buat peminat skuter di Malaysia apabila memperkenalkan ADV 160 edisi Spider-Man. 

Untuk rekod, model edisi khas itu diperkenalkan sempena meraikan tayangan filem Spider-Man: Brand New Day, Julai ini. Menurut BSH, model istimewa itu akan berada di pengedar rasmi seluruh negar bermula 3 Ogos ini. 

Terhad kepada 300 unit, ADV 160 Spider-Man Edition itu bakal membuat kemunculan sulung di Marvel’s Spider-Man World of Web di Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang dari 16 Julai hingga 2 Ogos ini. 

Pada masa sama, ADV 160 edisi istimewa juga akan dipamerkan di panggung wayang TGV dan GSC terpilih sekitar Kedah, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor dan Johor Baharu dari 30 Julai hingga 13 Ogos 2026. 

Menariknya, ADV 160 Spider-Man Edition ini menampilkan warna dan grafik karakter popular Marvel itu termasuk logo Spider-Man.

Dalam pada itu, setiap pembelian juga akan disertakan dengan set hadiah istimewa terdiri dari:

  • Spider-Man Edition Premium Gift Box
  • Spider-Man Edition LED Thermos Flask
  • Spider-Man Edition Fuel Tank Cap
  • Lenca Honda dan ADV160
  • kad sijil dengan nombor siri dari 02 hingga 301. 

Atas kertas, ADV 160 Spider-Man Edition ini berasaskan varian ADV 160 RoadSync yang diperkenalkan di Malaysia Bike Show 2026 sekitar Jun lalu. Skuter ini boleh didapati dengan harga jualan RM14,149

GALERI: HONDA ADV 160 SPIDER-MAN EDITION

Google ads
Back to top button