Motosikal

IBU PEJABAT JUALAN BOON SIEW HONDA DIBUKA DI KOTA DAMANSARA 

Boon Siew Honda telah pun merasmikan pembukaan ibu pejabat jualan baru bertempat di Kota Damansara. 

Ibu pejabat berkeluasan 7,000 kaki persegi itu menempatkan pasukan Perancangan Jualan BSH yang merangkumi motosikal berkuasa tinggi dan motosikal berkapasiti kecil serta perkhidmatan alat ganti dan selepas jualan. 

Menariknya, ruang bangunan juga memuatkan dua bilik latihan serta sebuah pusat teknikal lengkap yang berfungsi melatih pengedar dalam kemahiran teknikal dan lain-lain yang berkaitan. 

Menurut BSH, ini adalah satu gerakan yang signifikan dalam usaha menyelaraskan jualan, komunikasi dan perkhidmatan selepas jualan yang selama ini beroperasi dari lokasi berbeza. 

“Pemilihan untuk beroperasi di ibu pejabat baru ini adalah keputusan untuk menempatkan bahagian Jualan, Pemasaran dan Perkhidmatan Lepasan Jualan kami di satu lokasi, bekerja dari satu alamat. 

“Bagi sebuah syarikat yang beribu pejabat di Pulau Pinang, pembukaan pusat operasi komersial baru di Kuala Lumpur membuktikan kesungguhan kami terhadap kemahuan para pemilik Honda”, Kunitomo Asano, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif, BSH.

Google ads
Back to top button