
BOON SIEW HONDA DEDAH WARNA BAHARU CB650R, CBR650R. HARGA BERMULA RM43,499
Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) melancarkan dua jentera CB650R dan CBR650R yang mendapat sentuhan baharu di pasaran tempatan.
Dua model itu menampilkan pilihan warna dan livery baharu selepas mendapat penambahbaikan daripada suspensi pada tahun lalu.
Model CB650R 2022 menawarkan dua warna baharu iaitu biru (Mat Jeans Metallic) dan merah (Candy Chromosphere Red).

Ia merupakan tambahan kepada warna sedia ada hitam (Mat Gunpowder Black Metallic).
Bagi jentera CBR650R pula, ia menawarkan warna merah (Grand Prix Red) dan hitam (Mat Gunpowder Black Metallic).
CB650R 2022 dijual pada harga bermula RM43,499 manakala CBR650R mendapat tag harga RM45,499.

Kedua-dua model mendapat khidmat enjin empat lejang 16 injap empat silinder 649 cc DOHC penyejukan cecair, sistem suntikan bahan api dipadankan transmisi manual enam kelajuan.
Ia mampu menjana kuasa mencecah 93.8 hp@12,000 rpm dan tork 64 Nm @ 8,500 rpm.

Ciri-ciri menarik lain termasuk Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Honda Selectable Torque Control (HSTC), soket USB Type-C dan suspensi hadapan fork Showa Separate Function-Big Piston (SSF-BP) 41 mm jenis terbalik.
Untuk keterangan lanjut mengenai CB650R dan CBR650R boleh mengunjungi Honda BigWing atau melayari laman web www.hondabigbike.com.my
- BACA: BOON SIEW HONDA TAWAR DISKAUN 10% ALAT GANTI UNTUK PELANGGAN TERJEJAS BANJIR
- BACA: BOON SIEW HONDA PERKENAL GL1800 GOLD WING. WARNA EKSKLUSIF PEARL GLARE WHITE, HARGA BERMULA RM 210,888
- BACA: BOON SIEW HONDA PERKENAL CBR250RR EDISI TRICOLOR BAHARU. BERMULA RM25,999 SEUNIT
- BACA: BOON SIEW HONDA LANCAR RS-X (WINNER X) DI MALAYSIA. RM8,688 SEUNIT!
GALERI:















