Motosikal

BOON SIEW HONDA PERKENAL GL1800 GOLD WING. WARNA EKSKLUSIF PEARL GLARE WHITE, HARGA BERMULA RM 210,888

Boon Siew Honda melancarkan jentera mewah Honda GL1800 Gold Wing yang telah dipertingkatkan di pasaran Malaysia.

Model GL1800 Gold Wing itu dijual pada harga bermula RM210,888 dengan menawarkan warna eksklusif iaitu putih (Pearl Glare White).

Jentera yang dipertingkatkan itu menampilkan rekaan mewah, selesa dan berkualiti terutama apabila melakukan tunggangan pada jarak jauh.  

Ia didatangkan unit pencahayaan LED sepenuhnya dipadankan lampu kabus berkembar LED.

Pada kedua bahagian bawah lampu utama menggunakan lima lensa optikal untuk memberi pencahayaan Jewel-eye yang menjadi signatur jentera berkenaan.

Selain itu, GL1800 Gold Wing hadir dengan rekaan tempat duduk sudut rehat pada bahagian belakang serta dibaluti kemasan kulit suede/sintetik dalam memberi keselesaan kepada penunggang dan pembonceng.

Jentera terbaharu itu dilengkapi sistem audio yang dinaiktaraf, pembesar suara lebih ringan dalam menghasilkan kualiti bunyi lebih padu.

Kapasiti storan juga lebih luas dengan penambahan sebanyak 11L menjadikan keseluruhan ruangan peyimpanan mencecah 61L.

Ruang kokpit pula didatangkan  skrin TFT tujuh inci untuk paparan informasi serta sambungan Blueetooth, Android Auto dan Apple CarPlay.

Honda GL1800 Gold Wing mendapat khidmat enjin flat-six enam silinder yang mampu menjana kuasa 125 hp @ 5,500 rpm dan tork 170 Nm @ 4,500 rpm.

 Ciri-ciri menarik lain termasuk D-CBS (Dual Combined Brake System), sistem ABS, Hill Start Assist (HSA), Idling Stop, Honda Selectable Torque Control (HSTC) dan Throttle-by-Wire yang menawarkan empat pilihan mod tunggangan iaitu Tour, Sport, Econ serta Rain.

Untuk keterangan lanjut berhubung Honda Rebel, anda boleh mengunjungi pengedar-pengedar Honda BigWing atau menghubungi Boon Siew Honda melalui talian bebas tol 1-800-88-3993.

javascript:false Para pelanggan juga boleh mengunjungi laman web www.hondabigbike.com.my

Google ads
Back to top button