
BSH PERKENAL VARIO 125 VERSI DINAIK TARAF – RM7,268
Boon Siew Honda dengan rasminya melancarkan Vario 125 baharu yang menawarkan beberapa ciri yang telah dinaik taraf bagi pasaran tempatan.
Pertamanya, Vario 125 kini tampil dengan reka bentuk hadapan yang lebih segar dan digabungkan dengan pilihan warna dan grafik baharu.

Keduanya, Vario 125 kini menawarkan pencahayaan LED secara menyeluruh termasuk lampu hadapan, belalang dan lampu isyarat.
Sebagai kemudahan tambahan, Vario 125 turut menawarkan slot USB Type-C yang ditempatkan di poket bahagian hadapan.

Sementara itu, Vario 125 masih lagi dikuasakan unit satu silinder 125cc eSP yang berupaya menjana 11.5hp pda 8,500rpm dan 11.7Nm pada 5,000rpm. BSH turut mengekalkan fungsi Idling Stop System (ISS) yang membantu menjimatkan minyak.
- Ciri lain ditawarkan termasuk:
- ruang letak barang 18L
- tangki bahan api 5.5L
- parking brek
- CBS (combine braking system)



Honda Vario 125 baharu ini hadir dengan tiga warna pilihan, Green, Magenta dan Matte Black dengan masing-masing dijual dengan harga RM7,268.








