Motosikal

LAGI WARNA BAHARU BAGI HONDA VARIO 160 – RM10,498

Boon Siew Honda mengemas kini Honda Vario 160 bgai tahun 2026 dengan tiga warna baharu, masing-masing boleh didapati dengan harga jualan RM10,498.

Bagi tahun 2026, Vario 160 kini tampil dengan warna Matte Black, Sliver Blue dan Gray Gold. 

Bagaimanapun, tiada perubahan dari segi spesifikasi dan ciri ditawarkan dengan skuter bandar itu kekal dikuasakan enjin satu silinder 157cc eSP+ dengan penarafan EEV dan 5-bintang MyMAP. 

Atas kertas, Vario 160 menawarkan 15.1hp pada 8,500rpm dan 13.8Nm pada 7,000rpm. Vario 160 ini turut menawarkan ABS dan Honda Smart Key (keyless) secara standard dengan ruang barangan 18L dan pencahayaan LED penuh. 

Menurut BSH, Vario 160 dengan warna baharu ini sudah boleh diapati dengan pengedar rasmi Honda Impian X seluruh negara. 

Google ads
Back to top button