Motosikal

HONDA CB750 HORNET DENGAN E-CLUTCH TIBA DI MALAYSIA – RM44,999

Honda CB750 Hornet E-Clutch kini ditawarkan di Malaysia dengan harga jualan RM44,999 sekaligus menandakan penurunan dari RM49,999 sebelum ini. 

Menggerakan CB750 Hornet E-Clutch ini adalah enjin parallel-twin 755cc yang sama seperti model sebelumnya dan menawarkan 90hp pada 9,500rpm dan 74.4Nm pada 7,000rpm. 

Seperti E-Clutch yang ditawarkan pada CB650R dan CBR650R, CB750 Hornet E-Clutch juga menawarkan fungsi yang sama dengan membenarkan pengguna melakukan pertukaran gear tanpa bantuan klac. Namun begitu, klac masih ada bagi mereka yang gemar menukar gear secara konvensional. 

Motosikal ini turut menawarkan empat mod menunggang, Sport, Standard, Rain dan User selain dilengkapi dengan Honda Selectable Torque Control (HSTC) secara standard di samping engine braking control dan wheele control. 

Pakej brek pula terdiri dari cakera brek berkembar hadapan dengan brek NIssin empat piston sementara brek belakang pula dilengkapi dengan cakera 240mm dan brek satu piston. ABS dual-channel juga diberikan secara standard. 

Suspensi pula dikendalikan SHOWA Separate Function Fork-Big PIston (SFF-BP) 41mm jenis terbalik dan monoshock di belakang jenis Pro-Link. Namun, fork hadapan tidak menawarkan pelarasaan sementara bahagian belakang pula menawarkan pelarasan pra-beban (preload). 

Maklumat motosikal boleh diakses menerusi paparan TFT 5-inci dan boleh disambungkan ke telefon pintar menerusi  aplikasi Honda RoadSync. 

Google ads
Back to top button