
HONDA CBR650R E-CLUTCH, CB650R E-CLUTCH TERIMA WARNA BAHARU – DARI RM47,999
Boon Siew Honda (BSH) mengumumkan warna baharu bagi dua model popular, CBR650R E-Clutch dan CB650R E-Clutch.
Bagi CBR650R E-Clutch, warna Grand Prix Red masih dikekalkan namun ditambah dengan warna Matte Gun Powder Black Metallic bagi yang gemar warna yang lebih gelap.
Honda CBR650R E-Clutch ini ditawarkan dengan harga RM49,999.

Sementara itu, CB650R E-Clutch pula tampil dengan warna Matte Jeans Blue Metallic dan Cany Energy Orange, menyertai warna sedia ada Matte Gun Powder Black Metallic. Model ini dijual dengan harga RM47,999.

Untuk rekod, kedua-dua model ini juga berjaya menjuarai anugerah Sportsbike of The Year bagi segmen bawah 1000cc dan Naked Bike of The Year bagi segmen bawah 800cc ketika di Malaysia Motorcycle of The Year Award 2026.







