Buletin

BOS PASUKAN MOTOGP FAUSTO GRESINI MENINGGAL DUNIA. TEWAS AKIBAT COVID-19

Bos Pasukan MotoGP, Fausto Gresini meninggal dunia akibat Covid-19 pada usia 60 tahun.

Dia yang merupakan bekas juara dunia MotoGP dalam kategori 125 cc sebanyak dua kali, diuji positif Covid-19 pada malam Krismas dan bergelut dengan virus yang membawa maut itu sehingga dirawat di unit rawatan rapi sebuah hospital dekat Bologna.

“Berita yang tidak ingin kami sampaikan, malangnya kami terpaksa berkongsi denan semua. Selepas hampir dua bulan bertarung menentang Covid, Fausto Gresini telah meninggal dunia selepas beberapa hari mencecah usia 60 tahun.

“Semua di dalam pasukan Gresini Racing sangat rapat dengan keluarganya dan memberi sokongan kepada isteri dan empat anaknya,” kata kenyataan pasukan Gresini Racing.

Gresini, dilahirkan di Imola, Itali, memulakan karier dalam arena perlumbaan pada usia 17 tahun dan pada 1983 dia menyertai pasukan MBA.

Kemuncak kerjayanya hadir pada 1958 apabila dia memenangi kejohanan dunia buat pertama kali bersama Garelli dalam kelas 125cc.

Pencapaian keduanya disusuli dua tahun kemudian sebelum menyertai pasukan Honda bagi mengembangkan karier perlumbaannya.

Gresini berlumba sebanyak 132 kali dan memahat 21 kemenangan. Selain itu, dia turut menduduki tempat kedua sebanyak 15 kali  dan 11 di tempat ketiga.

Dia memegang rekod kejuaraan terbanyak semusim dalam kelas 125cc dengan 10 kemenangan.

Gresini beralih kepada pengurusan pasukan pada 1997 bersama pasukannya yang menang tiga kejuaraan bersama Daijiro Kato pada 1997, Toni Elias pada 2010 dan Jorge Martin pada 2018. – agensi

Google ads
Back to top button