Motosikal

BEKAS JUARA DUNIA MOTOGP MASUK FINAL PERTANDINGAN NYANYIAN MASKED SINGER. CUBA TEKA SIAPA

Bekas juara dunia MotoGP tiga kali, Jorge Lorenzo rupa-rupanya mempunyai bakat besar dalam nyanyian.

Buktinya, dia berjaya mengejutkan ramai apabila layak ke peringkat akhir pertandingan nyanyian Masked Singer di Sepanyol.

Sedia maklum bahawa prestasi Lorenzo di litar mula merudum apabila menyertai pasukan Repsol Honda, bergandingan dengan Marc Marquez. Dia kemudian dilantik sebagai penunggang uji pasukan Yamaha.

Sekali lagi, nasib tidak menyebelahinya apabila penularan wabak COVID-19 menghadkan peranannya dalam menambah baik jentera M1, sebelum digugurkan dan diganti oleh Cal Crutchlow.

Mungkin hendak berubah angin, Lorenzo akhirnya menyertai pertandingan nyanyian Adivina quien canta (Masked Singer).

Format pertandingan nyanyian yang memerlukan peserta memakai topeng dan pakaian aneh itu sebenarnya berasal dari Korea Selatan. Pertandinga itu kini popular di banyak negara, termasuklah Malaysia.

Lorenzo yang memakai kostum Cuervo (gagak) hanya berada di kedudukan dua paling bawah hanya dua kali. Namun, selepas bersaing selama beberapa minggu, dia akhirnya berjaya menduduki tempat keempat.

Sebaik sahaja topengnya dibuka, ramai yang terkejut penyanyi itu ialah Lorenzo.

Dia sempat menyampaikan beberapa buah lagu seperti ‘Morado’ oleh J Balvin, ‘Walk of Life’ oleh Dire Straits, ‘Besos’ oleh El Canto del Loco dan membuat persembahan rendition tersendiri lagu ‘Piu Bella Cosa’ dendangan Eros Ramazzotti.

Lepas ni, kalau dah malas berlumba, Lorenzo boleh lah jadi penyanyi pula.

Google ads
Back to top button