SIAPA PALING BANYAK JATUH DALAM PERLUMBAAN MOTOGP, MOTO2 DAN MOTO3 MUSIM 2020? CUBA TEKA…
Dalam perlumbaan bertaraf dunia seperti MotoGP, Moto2 dan Moto3, perkara terakhir yang diingini oleh semua pelumba ialah jatuh atau terlibat dalam kemalangan.
Namun, itulah lumrah dan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh semua pelumba profesional ini. Memang sakit hati juga apabila tengok pelumba yang kita minat, tiba-tiba jatuh, dilanggar atau terlanggar jentera lain.
Di sini, saya kongsikan pelumba mana yang paling kerap jatuh dalam perlumbaan. OK, kita mulakan dengan kelas MotoGP dahulu. Pelumba pasukan Aprilia, Johann Zarco merupakan pelumba paling banyak kali jatuh dalam dua musim MotoGP berturut-turut.
Selepas merekodkan jumlah jatuh yang tinggi musim lalu, prestasi itu diteruskan oleh Zarco pada musim 2020. Tahun lalu, pelumba dari Perancis itu jatuh sebanyak 17 kali dan terlepas tiga daripada 19 perlumbaan apabila bertukar pasukan KTM ke LCR Honda.
Zarco kemudian berpindah sekali lagi ke pasukan Avintia Ducati tahun ino. Berdasarkan kepada statistik yang dikumpul olej MotoGP.com dia jatuh 15 kali dalam 14 pusingan. Insiden itu menyebabkannya mengalami retak pergelangan tangan, selain dikenakan penalti di petak belakang selepas bergesel dengan Franco Morbidelli di Austria.
Jumlah jatuh Zarco tu bagaimanapun hanya lebih satu sahaja berbanding pelumba rookie pasukan Repsol Honda, Alex Marquez (14 kali), diikuti oleh Aleix Espargaro yang jatuh 12 kali.
Pelumba MotoGP yang paling kurang jatuh (tak termasuk pelumba gantian) ialah pelumba Ducati, Danillo Petrucci yang hanya jatuh dua kali sepanjang musim 2020.
TETAPI, jika dilihat kepada statistik keseluruhan MotoGP, Moto2 dan Moto3 untuk musim 2020, pelumba yang paling banyak jatuh ialah Kasma Daniel daripada pasukan SAG Team dengan 20 kali. Dia diikuti rapat oleh seorang lagi pelumba Moto2, Jorge Navarro (pasukan Speed Up Racing) dengan 19 kali jatuh.
Tempat ketiga dengan 18 kali jatuh ialah Gabriel Rodrigo yang berlumba untuk pasukan Kommerling Gresini Moto3.
Grand Prix Perancis menyaksikan insiden jatuh dan kemalangan yang paling tinggi musim ini. Tahun lalu, litar Le Mans mencatat 90 kemalangan dan naik menjadi 100 pada tahun 2020, kebanyakannya disebabkan oleh hujan.
Namun, angka itu masih kecil berbanding litar Valencia yang mencatat 155 jatuhan pada tahun 2018.
Selekoh 3 di litar Le Mans pula menjadi selekoh paling bahaya untuk musim 2020 dengan 30 insiden. Ia diikuti oleh Selekoh 2 di litar Catalunya dengan 21 kemalangan. – Crash.net
- BACA: ONEXOX TKKR UMUM TARIK DIRI MOTO2 MUSIM 2021. APA NASIB KASMA DANIEL?
- BACA: SELEPAS JARI DIPOTONG DAN BAPA MUFLIS, KARIER SUPER KIP BERAKHIR. MAHU JADI PETANI, TANAM PISANG
- BACA: SKUTER ADVENTURE KYMCO DT360. MODENAS, TOLONG REBADGE MODEL NI BOLEH?
- BACA: APRILIA TUONO V4 1100 FACTORY & RSV4 1100 FACTORY 2020 KINI DI MALAYSIA. BERMULA RM121K!