Buletin

EKZOS JENTERA REPSOL HONDA MOTOGP MARC MARQUEZ UNTUK DIJUAL. RM13K JE, ASAL BARANG JADI DUIT

Anda boleh memiliki secebis sejarah dalam bidang pemotoran dengan memiliki paip ekzos jentera Honda RC213V Marc Marquez ketika merangkul kejuaraan pada tahun 2018 dan 2019.

Honda Racing Corporation (HRC) menawarkan sebanyak tujuh unit paip ekzos jentera Repsol Honda MotoGP kepada para peminat pada harga ¥330,000 (RM13,000) termasuk cukai.

Tiga unit daripada paip ekzos tersebut digunakan pada musim 2019 dan selebihnya pada musim 2018.

Setiap paip ekzos berkenaan akan didatangkan bersama kotak kaca dan terdapat plak HRC mengesahkan komponen itu.

Ia turut dilengkapi dengan buku Season HRC berhubung tahun produk tersebut dan sijil keaslian.

Maklumat lanjut mengenai paip ekzos Marc Marquez itu boleh melayari laman web honda.co.jp – visordown

Google ads
Back to top button