Artikel PilihanBuletin

BAGAIMANA CIVIC TYPE R (FK8) TEWASKAN CIVIC FK2, 7 SAAT, HANYA DENGAN EKSTRA 10HP?

Minggu lalu, dunia automotif dikejutkan dengan catatan rekod baru Civic Type R (FK8) sebagai kereta produksi pacuan hadapan terpantas di litar Nurburgring, Jerman. Tidak dinafikan lagi, mencatat masa bawah 8 minit bagi sebuah kereta produksi “murah” bukanlah sesuatu yang dijangkakan oleh pengeluar.

Honda membuat rekod baru dengan catatan masa 7 minit 43.80 saat. Ia hampir 7 saat lebih pantas berbanding Type-R generasi sebelumnya (FK2). Selain itu, ia 3 saat lebih laju daripada rekod FWD sebelum ini.

BUKAN HANYA KUASA

Kereta ini direka bukan hanya tentang kuasa. Dari segi teknikal, FK8 hanya 10hp lebih tinggi dari model FK2. Tetapi pembaharuan sebenar ialah keupayaan kerangkanya menampung sejumlah kuasa yang dihasilkan. Ia dapat memaksimumkan setiap lengkok kuasa pada mana-mana permukaan jalan.

Type-R ini mampu mengambil selekoh pada kelajuan lebih tinggi kerana ia dipasangkan dengan trek dan tayar lebar. (rim standard dia 20 inci kau!).

BACA: CIVIC TYPE-R 2017, KERETA FWD TERPANTAS DI NURBURGRING

BACA: PERFORMANTE, KERETA SPORT TERPANTAS DI NURBURGRING

“Selain tapak roda yang lebih panjang, pemandu boleh melayan selekoh pada kelajuan 150km/j dengan stabil,” kata  Ketua Jurutera Chasis Honda Civic Type-R, Ryuji Kijima.

Untuk melihat bagaimana pecutan FK8 dan FK8, Honda telah merakam secara maya, imej FK2 sewaktu FK8 ini diuji di Nurburgring. Anda boleh lihat, kemasukan dan keluar selekoh yang lebih cepat, meninggalkan saat demi saat model sebelumnya.

Google ads
Back to top button